..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...RABI'UL AWAL..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

GenG

Saturday, February 18, 2012

Banggi Island l Sunrise

Sekadar selitan..^^). layan sunrise pakai lens 70-300 non vc..masa ni lens 17-50 hantar bengkel cuci fungus..


Pulau Banggi, Kudat, Sabah








Friday, February 17, 2012

Close-up l Macro l Banggi Island l Little Grasshopper

Sudah agak lama rasanya ambo tidak meng'update' blog ni..idea takdak..lagipn aktiviti menggambar pn agak terhad dek kerana cuaca yg agak tidak menentu..kerja hakiki pn semakin bertambah..gambar belalang kecil ni pn ambo ambil dekat pokok sebelah pintu dapur rumah je..^^)

Exif:
d90+sp90+ext tube+diffuser pinggan polistrin
M 1/160
f20
iso500
Metering: Spot









Saturday, February 4, 2012

Banggi Island l Memburung l Tekukur

Aksi akrobatik seekor merbuk..hasil memburung sekitar rumah di Pulau Banggi..

Exif:
D90+Tamron 70-300 non vc
M 1/500
iso 0.3EV
Metering Spot
FL 300mm
20% Cropped with PS CS4+Brighteness/Contrast






Close-up l Macro Banggi Island l Dragonfly

Potret ala-ala strobist seekor dragonfly a.k.a pepatung, puting beliung @ pok tuyuk..gambar dirakam pada waktu malam di sekitar rumah sepupu ambo di Kubang Golok, Binjai, Kelantan..

exif:
Nikon d90+speedlite sb700+tammy 90mm+ext tube
1/200 f13
iso200
WB Auto
peralatan tambahan: lampu suluh


Friday, February 3, 2012

Masih ada..

Andai masih ada rasa iri hati..andai masih ada rasa benci..andai rasa bangga bila dipuji..andai rasa hiba bila dikeji..andai rasa gusar bila diuji..itu tandanya hati masih berdaki...rasa yakin masih belum bersemi..syukur dan redha masih belum kejap dihati..

* Enjin kena selalu perhati baru perjalanan sentiasa steady


Wednesday, February 1, 2012

Close-up l Macro Banggi Island l Siput Sedut

Aduhai bayar mau dekat RM70 tiap-tiap bulan tp servisnya memang slow berabis..Broadband punya penangan..sebagai tanda protes ambo mlm ni terimalah seekor "Siput Sedut" yg comel..hehe


Tuesday, January 31, 2012

Hak Dia blake..Dia nk bagi ke tak itu hak Dia..kita takleh nk kate ape..semoga ada cebisan dariNya utk kita..Dia blake..

Monday, January 30, 2012

Selamat tinggal dunia 20an..Selamat dtg dunia 30an..dah semakin tua dh ambo ni..semoga dgn meningkatnya umur ni meningkat jugaklah kesedaran n ingatan padaNya..amin

Saturday, January 28, 2012

Close-up l Macro l Belakang Rumah l Night Macro: Dragonfly

Hasil memburu cuti sekolah yg lalu..stok dh basi bolehla sekadar mengisi kekosongan..beberapa hari kebelakangan ni cuaca tidak mengizinkan utk keluar memburu, nasib baik ada lg stok2 lama yg terpakai walaupn dh berkulat..^^)








Monday, January 23, 2012

Birding l Banggi Island

Di kampung ambo org biasa pangil burung ni burung kunyit sbb warnanya kuning dan bertubuh halus, comel dan lincah.













Sunday, January 22, 2012

Merancang..

Merancang itu sangatlah baik..bak kata org 'Gagal merancang samalah seperti merancang utk gagal..'. Tapi merancang biarlah berkadar..biarlah selari dgn kemampuan..takut nanti apa yg dirancang hanyalah menjadi 'sembang'..

Banggi Island l Sunset Pah Ceros..

Sekadar selitan..sunset minggu lepas bersama cikgu Nur Azrin@ Yen..
Lokasi : Kg Kobong Laut, Pulau Banggi






Tuesday, January 17, 2012

Rezeki

kata mereka yg arif.."Rezeki manusia meniti di atas tangan-tangan manusia yg lain..". oleh itu jgnlah sekali-kali kita menyekat rezeki org lain yg dtg melalui kita..andai hari ini kita menyekat rezeki itu dari mengalir ke tempat yg sepatutnya maka tdk mustahil suatu hari nanti rezeki kita juga akan tersekat..hukum karma..Allah Taala itu Maha Adil..andai sudah ditakdirkan terjadi maka redhalah kerana Dia lebih Mengerti..

Oh hati..

Bila muncul rasa resah melihat kesenangan org lain..bila timbul rasa cemburu melihat kelebihan org lain..bila gelisah menguasai diri melihat kegembiraan org lain..itu tandanya ada bisul di hati kita..segeralah berubat sebelum ia mula merebak..takut bisul mula bernanah lama kelamaan ia akan pecah..diri kita sendiri juga yg punah..

Sunday, January 15, 2012

Banggi Island l Sunset

Panas vs Sejuk...Sunset pertama selepas sebulan lebih bercuti di kampung...lokasi: tempat biasa Kg Kobong Laut Pulau Banggi. kali ni ambo guna filter TianYa yg ambo pinjam dr ckgu Nur Azrin@Yen..






Friday, January 13, 2012

Hati Oh Hati

Hati Oh hati..Buah hati..Sakit hati..Jatuh hati..Matahati..Hati batu..makan hati..baik hati..macam2 lg perumpamaan yg org buat menggunakan perkataan "hati"..Kata org hati tu ibarat raja dlm diri manusia..kalau dah raja semestinya ada power..power yg ambo maksudkan ni bukan power mcm power rangers tu tp power dr sudut kuasa mengarah..kuasa utk memilih..kuasa utk membuat keputusan..akal hanya mampu menilai dari sudut logik atau tdk tapi hati mampu menilai lebih dari itu..akal hanya mampu menilai yg zahir tapi hanya hati yg mampu menilai di sebalik yg zahir itu..

Thursday, January 12, 2012

Close-up l Macro l Belakang Rumah l Lynx

Belajar sembur air dekat serangga utk nampak lebih dramatik..hehe. nampaknya masih kurang menjadi..kepada kwn2 yg ada info berguna utk dikongsi jgnlah segan2 komen kat sini..^^. Ambo sembur Lynx ni dgn air biasa je..ada org kata guna air gula supaya bola2 air tu melekat lebih bnyk dibadan serangga tp ambo belum berkesempatan mencubanya lg..nk kena beli stok gula lebih sikit bulan ni..^^)









"Hak org jgn diambil..rezeki org jgn ditahan..kelebihan org jgn didengki..kekurangan org jgn dicaci.."

Sunday, January 8, 2012

Close-up l Macro l Banggi Island l Night Macro l Cengkerik

Bermakro diwaktu malam selepas hujan..hasil tangkapan pn agak kurang memuaskan, mungkin serangga banyak yg menyorok@ melarikan diri dari disimbah hujan. Tanah yg berlumpur+basah membuatkan hati rasa sedikit gugup takut2 terjumpa makhluk berbisa..jd ambo sekadar meng'shoot' kwsn yg dekat shj..






Close-up l Macro l Belakang Rumah l Lynx

Hasil 'night macro' ditemani adk ambo..ajak adk sbb mintak dia jd tukang suluh..hehe


Exif:
d90+sp90+ext tube+sb700+diffuser+lampu suluh
M1/200
f16
iso200







Saturday, January 7, 2012

Memburung l Rata-rata

Birding ala kadar..saja nk perabis stok lama..^^)











Close-up l Macro l Belakang Rumah l Skipper Butterfly

Outing sekitar rumah diwaktu keboringan..terjumpa mamat skipper ni bertenggek kat atas bunga matahari..layann


Exif:
d90+sp90+sb700+diffuser
M 1/200
f16
iso200





Wednesday, January 4, 2012

Sampai masanya

"Bila sampai masanya dia dtg tanpa diminta..tidak mengenal usia,pangkat atau rupa.."

Takziah buat keluarga Allahyarham Rahmat Tayyib, sahabat ambo yg telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 9.30 mlm tadi..semoga Allah merahmatinya..Al-Fatihah

Monday, January 2, 2012

Close-up l Macro l Banggi Island l salticidae

Salticidae@ Jumping Spider..si comel yg lincah tapi tdk mempunyai leher..salah satu spesis spider yg mencari mangsa tanpa menggunakan 'web-spider'..






Thursday, December 29, 2011

Cari..mencari

Bukan kehebatan yg kita cari..bukan gelaran yg kita jejaki..kita mencari diri sendiri..Biarkan mereka..hidup dlm dunia yg mereka cipta..mencari nama,pangkat dan harta..hingga lupa bekal yg nak dibawa..