Wednesday, July 13, 2011

Green Jumper..

Labah-labah, tidak seperti serangga lain, hanya mempunyai dua tagma dan bukannya tiga; kepala yang bercantum dan toraks (dikenali sebagai sefalotoraks atau prosoma) dan abdomen (dikenali sebagai (opistosoma). Sejenis labah-labah yang kelihatannya pengecualian adalah apa yang dikenali sebagai labah-labah pembunuh, yang sefalotoraks kelihatan hampir terbahagi kepada dua unit yang bebas. Kecuali bagi beberapa spesies labah-labah yang amat primitif (famili Liphistiidae), abdomen tidak terbahagi secara luaran. Abdomen dan sefalotoraks dihubungkan oleh pinggan yang halus dikenali sebagai pedikel atau somit pragenital, satu ciri yang membenarkan labah-labah menggerakkan abdomennya pada semua arah.

Jumping spider..spesis labah-labah yg mencari makan dgn memburu dan tdk hanya bergantung kpd perangkap sarang@spider web..


Exif:
d90+sp90+pinggan polistrin
M 1/160
f22
iso100




Sunday, July 10, 2011

Memburung..

Aktiviti memburung@birding tetap diteruskan walaupn cuaca agak mendung..dalam cuaca yg agak redup, kekurangan cahaya matahari menimbulkan sedikit kesulitan utk menggunakan shutter tinggi..tambahan pulak ambe menggunakan lens tele yg murah (non vc) jd bila gunakan shutter rendah agak susah utk mendapatkan gambar yg jelas@ sharp..Nak gunakan ISO tinggi sangat pn tak seronok jugak takut nanti banyak sangat 'noise' timbul...redha jelah dgn apa yg ada..^^