..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Thursday, September 10, 2009

Cara Allah Mencabut Ilmu..

Daripada Abdullah Bin Amr Bin ‘Ash r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawasanya ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama’. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama’ , orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

*Semoga kita dijauhkan dr kesesatan..nauzubillah

Paling...Paling...Paling..

Ada banyak perkara yg bermula dgn paling..namun ada 5 perkara yg ambo nk sebut di sini yg bermula dgn paling..
1. Paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan Solat..
2. Paling berat di dunia ini ialah memegang amanah..
3. Paling jauh di dunia ini ialah masa yg sudah berlalu..
4. Paling dekat ialah kematian..
5. Paling tajam ialah mulut (lidah yg berkata2)..

*Semoga bermanafaat utk sekalian kita..

Keberkatan Ramadhan..

Ramadhan..kau penghulu segala bulan...padamu rahmat..padamu juga maghfirah..dibukakan segala pintu nikmat..ditutup segala pintu azab..
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tiba Bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu Neraka dan dibelenggu semua syaitan.”

*Marilah sama2 kita mengambil kesempatan pd bulan yg berkat ini.