..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Tuesday, December 28, 2010

The Beetle..

Mengkabung ni ambo jumpa di celah2 kelopak Bunga Raya..memandangkan saiznya yg terlalu kecil maka ambo terpaksa crop n resize gambar supaya nampak lebih jelas..seadanya..




Kabus @Kuala Lumpur

Berkabus ke berjerebu ambo pn xtahu..sambil menghirup udara pagi di Tasik Tmn Seri Gombak sempat melihat panorama pagi bandaraya Kuala Lumpur dari jauh..


Sunday, December 26, 2010

Mating..

Moment yg sekali sekala ditemui..(^^)







Kerisauan

Tahukah kita bila ajal bakal tiba?Tahukah kita bila Malaikat Maut dtg menjelma?Tidak ada siapa yg tahu melainkan Dia yg mencipta segala. Sudah sediakah kita menempuhi kehidupan yg kekal abadi?Sudah cukupkah kita mengumpul amal dan bakti???Sudah sediakah kita menjawab soalan Rabbul Izzati?

*Tepuklah dada tanyalah hati..cakap org usah dipeduli cukuplah kita fikirkan sendiri..

Thursday, December 23, 2010

Ladybird..

Halwa mata..
Ambo pn tak tahu kenapa ianya dipanggil "Ladybird"..mngkin nmpk mcm burung betina kot..








Wednesday, December 22, 2010

Slow Shutter

Ni first time ambo test kaedah SS (slow shutter) kt air terjun..tanpa menggunakan apa2 filter..nasib agak baik kerana cuaca agak mendung (musim hujan), lgpn ambo terpaksa menggunakan lens tele-photo 70-300mm..mesti anda dpt bayangkan betapa sulitnya mengambil gambar landscape menggunakan lens tele-photo@zoom..seadanya..(^^)






Lepak2..

Layan blues sambil "street shoot-candid"..






Friday, December 17, 2010

Suci..

Setiap manusia dilahirkan suci dan bersih..menjadi tanggungjawab ibu dan bapa utk mencorak ank2 mereka..semoga menjadi insan yg berguna yg sejuk di mata damai di hati..aminn..


Thursday, July 15, 2010

Risaunya..

Kenapa kita risau memikirkan kehidupan orang lain?Mengapa kita pening memikirkan perancangan hidup org lain?Ada baiknya kita fikirkan tentang diri dan keluarga kita daripada sibuk memikirkan hidup orang lain..Kehidupan masing2 biarlah masing2 uruskan sendiri..Setiap orang ada perancangan mereka sendiri..Cukuplah kita dengan kehidupan kita dan keluarga kita..Selamatkanlah diri kita dan ahli keluarga kita sebelum kita fikir utk menyelamatkan orang lain..Wallahuallam..

Thursday, July 8, 2010

Mengadu..

Ada seorang rakan meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kepada ambo ttg segelintir mereka yg bertitle 'ustaz'. "Pakai kopiah bkn main tp mulut ya Allah tak terfikir dek akal. Mengumpat mencaci dh serasi, menghina mengena dh jd biasa..". Ambo pn agak terkejut tak terkata dgn luahan hati rakan tersebut. Tegur menegur amatlah digalakkan demi utk kebaikan sesama kita, namun yg menjadi masalahnya ada mereka2 yg suka menegur dari belakang dgn erti kata lain mengumpat. Sedar ataupn tidak dlm keasyikan mengutuk dan mengata org sebenarnya kita sedang menzahirkan keburukan diri kita sendiri..?!!Apatah lg tukang yg mengutuk mengata tu adalah org yg dilihat 'alim' dan 'warak'.

Usahlah kita mengumpat mengata,
Ingatlah sikit kopiah kt kepala,
Amal sendiri xberapa nk ada,
Jgnla pulak menambah dosa..

*Pesan org lama, 'lebih baik mengumpul kawan dari mengumpul lawan..'

Wednesday, July 7, 2010

Waktu rehat..

Inilah aktiviti bdk2 tahun 1 sekolah ambo tatkala tibanya waktu rehat..menangkap belalang..sblm ni waktu rehat diorang sibuk berebut RMT (rancangn makanan tambahan), tp RMT telah diberhentikan buat sementara waktu..jd utk mengisi masa terluang inilah aktiviti yg diorg lakukan..macam2la bdk2 ni..





Sunday, July 4, 2010

Zuhud..?

Apa yg kita faham ttg zuhud?Adakah dikira zuhud bilamana kita memakai pakaian yg ala kadar dan lusuh sedangkan kita mampu membeli pakain yg baru..?Adakah dikira zuhud bilamana kita hanya menaiki motosikal sedangkan kita mampu memiliki sebuah mercedes..?Adakah dikira zuhud bilamana kita hanya tinggal di rumah kecil sedangkan kita mampu membina rumah yg lebih besar..?Kata arifbillah, zuhud bkn bererti tdk berharta namun tdk terikat dgn harta..sama2 kita renungkan..

Saturday, July 3, 2010

3 hari

Hidup ini ibarat ada 3 hari sahaja..Semalam adalah kenangan..Hari ini adalah pengalaman..dan esok hanya menanti jawapan..Yg pasti setiap hari2 yg kita lalui adalah satu pengalaman yg berbeza..Maha Hebatnya Dia..

Wednesday, June 30, 2010

Kata org biar miskin harta jgn miskin jiwa..Biar kurang makan jgn kurang asam..

*Org berbudi kita berbahasa, apa yg Allah bg jgn disalahguna..

Biar..

Kata orang biar 'bodoh' asalkan mahu belajar..biar kabur asalkan mahu mencari..biar dimarah kerana mahu belajar jgn dimarah kerana KURANG AJAR..

Sunday, June 27, 2010

Rasa-rasa..

'Awal agama mengenal Allah'..'Siapa yg mengenal dirinya maka dia akan mengenal Rabnya'..jd utk mengenal Rabnya maka perlulah mengenal dirinya..hari ini ramai yg berbicara soal mengenal diri..apakah yg dimaksudkan dgn mengenal diri?Bagaimana ingin mengenal diri?Mengenal bkn hanya dgn berkata-kata dlm bual bicara..ia juga perlu dgn MERASA..Tp yg pasti bkn dgn main rasa-rasa..

*Main rasa-rasa silap2 kita yg rosak binasa..

Wednesday, June 23, 2010

Macam-macam

Demam Piala Dunia kian memuncak..bahangnya dpt dirasakan di mana-mana tdk terkecuali tmpt ambo mencari rezeki. Topik perbualan bnyk berkisarkan ttg bola. Bdk2 yg tdk pernah main bola pn sudah jd ketagih nak menendang bola..










Tuesday, June 22, 2010

sederhana

Hidup ini cukuplah bersederhana..Soal akhirat juga soal dunia..Fizikal dan jiwa perlulah dijaga..Semoga hati sentiasa ingat padaNya..

Saturday, June 12, 2010

Lepak2..

Cuti sekolah ni tdk banyak aktiviti yg dpt dirancang memandangkan cuti tdk panjang sangat. Waktu terluang ambo lepak2 dgn kwn2. Beberapa mlm lepas ambo lepak disebuah kedai makan. Beberapa topik menarik dikeluarkan dan yg paling menarik hati ambo topik berkenaan peri pentingnya menghormati ibubapa. Pesan  seorang senior ..Walau harta setinggi gunung namun andai diri tdk pandai menghormati n menghargai jasa ibubapa nescaya hidup takkan pernah senang n jiwa takkan pernah tenang...

*'Syurga di bawah telapak kaki ibu'..

Wednesday, June 9, 2010

Masing-masing..

Pilihan masing2...Jalan hidup masing2...Pengalaman masing2...Bak kata org, perjalanan yg kita lalui itulah pengalaman yg kita dpt n itulah ilmu yg kita perolehi...Bersyukurlah atas segala ketentuanNya kerana itulah yg terbaik..Utk apa kita berasa cemburu dgn kelebihan org lain..Dia lebih tahu mana yg terbaik utk kita..Dia lebih tahu mana yg layak utk kita...Kata tdk semudah kota..
Hampir seminggu tak update blog..Maklumla bnyk hala tujuan sampai tak berkesempatan nk jenguk..Kadang2 masa tu ada tp idea takde jd xdpt nk berkarya..

*Biarkan...Dh bkn hak kita, hak Dia blako..

Monday, May 31, 2010

Siapalah kita..

Siapalah kita utk menentukn sesuatu mengikut kehendak kita..Hanya Dia yg berhak..segalanya kembali padaNya..kita merancang, Dia juga merancang..Sesungguhnya Dia jualah sebaik2 perancang..Astagfirullah..Terima seadanya setiap ketetapan adalah jln yg terbaik..Semoga hati ini akan tenang..

Saturday, May 22, 2010

Longkang..

Apa termenung..Apa direnung?Apa difikir?Apa yg terfikir?Apa yg terlintas difikiran?Renung..Fikir..Faham?Apa yg faham?Betul ke dh faham?Atau sekadar buat2 faham?Betul ke apa yg difahami?Jgn tersilap lorong nnti tak pasal2 terjun gaung..

Wednesday, May 19, 2010

Pandang..

Apa kau pandang?Mana kau pandang?Siapa yg kau pandang?Kenapa kau pandang?Pandanglah..Lihatlah..Apa yg kau nampak???

Saturday, May 15, 2010

Kenapa mesti laju..??

Kadang2 ambo terfikir..Waktu solat (Isyak & Magrib), rakaat pertama dan kedua imam membaca Al-Fatihah dgn penuh irama yg syahdu dan penuh tertib. Apabila masuk rakaat seterusnya imam membaca dgn suara perlahan..Apa yg ambo fikirkan kenapa dlm rakat ketiga tu imam baca fatihah dgn laju n kadang2 terlalu laju hinggakn makmun belum sempat habis mmbaca Fatihah imam dah rukuk..kadang2 tu makmum belum lagi habis baca Fatihah imam dh sujud..Salah makmumkah yg baca Fatihah terlalu perlahan ataupn imam tu yg laju sangat sampai tercungap2 makmun mempercepatkn bacaan?Mestikah imam membaca Fatihah dgn laju pd rakaat ketiga keempat?Alangkah bagus kiranya imam mmbaca Fatihah secara perlahan sepertimana dibaca pd rakaat pertama n kedua..

Saturday, May 1, 2010

Hok Dia blako..

Makin banyak yg kita belajar makin banyak yg kita tdk tahu..Betapa luasnya ilmu Allah Taala...Makin jauh kita berjalan makin bertambahlah pengalaman..Segalanya pemberian Tuhan..Makin dalam kita selami makin jelas kita fahami..Kefahaman itu pn hak milik 'Dia'...lu fikirla sendiri..(kata Nabil raja lawak)..

Wednesday, April 28, 2010

Belajar..

Belajar dari kesilapan..Satu ungkapan yg biasa kita dengar. We learn from our mistakes. Belajar utk memperbetulkan kesilapan agar ianya tdk berulang. Kalaupn kesilapan itu mungkin berulang namun sekurang2nya kita sudah mencuba. Ramai mereka yg berjaya pd hari ini belajar dr kesilapan dan kegagalan yg lampau. Inilah yg dikatakan belajar dari pengalaman sendiri. Di samping kita belajar dr pengalaman sendiri, jgn pula lupa utk mengutip pengalaman org lain, agar perjalan ini menjadi lebih mudah dan bermakna.

*belajar dari kesilapan bukan belajar utk membuat silap..

Friday, April 23, 2010

Mencari bukti..

Mencari bukti kekuasaan Ilahi bknlah mudah..Walaupn buktinya ada di depan mata namun ramai yg tak nampak..ramai yg masih tercari-cari. Nampak mudah tetapi akan menjadi susah andai kita tdk mahu memahaminya. Kadangkala perasaan kita terlalu ego..merasakan diri sudah berada di landasan yg betul.. Persoalannya adakah kita memang berada di landasan yg betul?Atau kita memang perlu diperbetul..

Thursday, April 22, 2010

Renung sejenak..

Bersyukurlah dgn apa yg ada..Andai kita kaya maka lihatlah kpd yg miskin..Andai kita miskin maka pandanglah kpd yg papa..Andai kita papa maka renunglah mereka yg cacat dan tdk berdaya..Bkn senang utk melahirkan rasa syukur dlm hati..Lahirnya kesyukuran hasil dari redha kpd segala ketentuanNya..

Tuesday, April 20, 2010

Lorong2..

Lorong2 ke Syurga dipenuhi dgn 'Makarih' iaitu kebencian manakala lorong2 ke Neraka dipenuhi keseronokan..Benarkah?Ya memang benar..Apa yg penulis cuba gambarkan di sini ialah lorong2 @ jln menuju kebahgiaan akan dipenuhi dgn perkara yg pahit dan sulit yg bertentangan dgn hawa nafsu manakala jln kehancuran akan sentiasa dipenuhi dgn keseronokan dan kenikmatan (nikmat yg sementara dan melalaikan). Kenapa begitu?Ini menggambarkan betapa Syurga Allah itu amat mahal harganya dan bukan senang utk mengecapinya. Hanya mereka yg sabar dan tabah shj layak menikmatinya..Bersama kita renungkan..Astagfirullah..

Saturday, April 17, 2010

Ilmu..

Luasnya ilmu Allah hingga tdk terjangkau dek akal. Andai seluruh air laut dijadikan dakwat dan semua batang2 pokok dijadikan pena utk menulis ilmu Allah nescaya masih belum mencukupi utk menulisnya..Ilmu yg Allah berikan kpd kita di dunia ini hanyalah ibarat setitis air dari lautan yg luas. Ilmu Allah tdk terbatas..Kebesaran Allah ada tercoret di mana-mana.. Subhanallah..Betapa Agungnya Diri Mu ya Rabbi..

Koleksi 2010

Penantian berakhir jua..Jutaan terima kasih Cikgu Nasir..

Batu                     : Delima
Ikatan                  : Perak Pahat Bunga Jawa Kuku Suasa Lilit Berlian
Ditempah melalui : Cikgu Nasir (cikgunasir.blogspot.com)





Tuesday, April 13, 2010

Rezeki masing2..

Ada org kaya..Ada yg sederhana..Ada jgk yg miskin..Rezeki masing2..Itulah lumrah dunia..Allah dah tetapkan rezeki kpd setiap hamba2Nya mengikut kadar masing2..Ramai org kita ingin hidup mewah dan bergaya..Itu terpulang kpd diri masing2..Dlm kita mengejar kesenangan dunia jgn kita lupa mencari kesenangan akhirat kerana di sanalah kesudahan cerita kita..Kaya harta tp miskin jiwa pn tidak ada gunanya..Bak kata org 'biar miskin harta jgn miskin jiwa'..Syukurlah dgn apa yg ada semoga jiwa kita tenang sentiasa..

Monday, April 12, 2010

Setiap saat..Taip detik..Sentiasa ingat..Sentiasa kaba.....Kota tak semudah kata..

Saturday, April 10, 2010

Koleksi terbaru..

Inilah koleksi cincin ambo yg terbaru utk sesi 2010..Terima kasih daun keladi buat Cikgu Nasir..

Batu                         : Delima Afrika (hadiah dari sahabat-Azan)
Ikatan                      : Perak Pahat Bunga Jawa Kuku Suasa
Ditempah melalui : Cikgu Nasir (cikgunasir.blogspot.com)





Monday, April 5, 2010

Syariat & Hakikat

Ada pendapat mengatakan lengkapkan Syariat dahulu baru belajar Hakikat (Tasawwuf)..Ini kerana andai Syariat terabur maka Hakikat akan hancur..Yg mana lebih utama?Cuba kita selami dan renungkan..Syariat dan Hakikat umpama isi dgn kulit, umpama ombak dan pantai, umpama aur dgn tebing..Keduanya harus seiring dan sejalan..Syariat umpama kulit dan Hakikat adalah isinya...WAllahuallam

*seorang ulamak pernah menyebut..syariat tanpa hakikat fasik..hakikat tanpa syariat zindiq..

Sedikit demi sedikit..

Kadang2 kita rasa kita dah cukup pandai..kita rasa ilmu yg kita ada dah cukup tinggi hinggakan pendapat org lain kita buat tak reti..kadang2 kita merasakan apa yg kita ada lebih dari org lain..dlm tdk kita sedari sebenarnya tompok2 riak sudah mula bersarang dalam diri..sedikit demi sedikit ianya akan memakan diri..

Thursday, April 1, 2010

Jgn leka dan alpa..

Syirik berasal dari perkataan Arab 'syaraka' yg membawa maksud bersama atau bersekutu. Dalam konteks agama syirik bererti menyekutukan Yg Maha Esa. Lebih senang utk kita faham Syirik bermaksud membesarkan sesuatu yg lain selain dari Allah Taala. Menganggap makhluk lebih berkuasa dari Allah Taala juga termasuk dlm kategori syirik. Dlm konteks kita hari ini ramai yg lupa pd Allah dlm sedar atau tanpa sedar. Tanpa disedari manusia lebih mengaggungkan makhluk dari Khalik. Ada yg bertuhankan duit..ada yg bertuhankan harta..ada juga yg bertuhankan kerjaya. Mereka lebih mengutamakan semua itu hingga melalaikan mereka dari mengingati Allah. Mereka alpa dan leka bahawa Allahlah yg memberikan mereka kesenangan, Allahlah yg memberikan mereka kejayaan, Allah jualah yg memberikan mereka kebahagiaan. Namun mereka hanya ingat kesenangan yg mereka miliki dan kecapi hari ini adalah dari hasil usaha mereka sendiri..Astagfirullah..
Kelmarin ptg tiba2 ada bdk ketuk pintu umh ambo..nk mintak tolong hantarkn dia balik rupanya..rumah dia agak jauh..ambo pn hantar jelah..sambil2 tu sempat ambik peluang menggambar apa yg patut di kawasan kg anak murid ambo tu..

- Proses membuat kapal nelayan..saiz kapal agak besar sebesar 2 buah lori simen..






Wednesday, March 31, 2010

Persiapan sebenar..

"Dikala bersedekah, elakkan menghitung keperluan diri utk jangka waktu yg panjang kerana sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah.." Kebiasaannya kita banyak merancang utk masa hadapan kita, satu persiapan yg baik..namun tanpa kita sedari kita hampir terlupa masa hadapan kita yg sebenar-benarnya..masa bilamana jasad sudah tdk lagi bernyawa..'mati'..itulah masa hadapan kita yg sebenarnya..saat dan ketikanya pasti tiba..bersediakah kita menghadapinya?cukupkah bekalan yg ada?..bersiap sedialah sementara masih muda dan bertenaga kerana itulah lebih bermakna..

Sunday, March 28, 2010

Keno ingat sokmo..

Berbicara soal duit adalah satu perkara yg agak sensitif. Kerana duit dari kawan bertukar menjadi lawan. Yg lebih dahsyat dari anak boleh bertukar menjadi pontianak..Nauzubillah..Harus kita ingat semua rezeki yg datang adalah dari Allah. Duit itu adalah salah satu ujian buat kita sebagai hambaNya. Sentiasa bersyukur di atas segala pemberianNya adalah jln yg terbaik. Ingatlah duit akan dtg dan pergi semahunya. Ia singgah pada kita hanya sementara sahaja. Hanya Allah akan tetap kekal bersama kita selama-lamanya..

Saturday, March 27, 2010

Siapa perlukan siapa..?

Allah tdk memerlukan kita bahkan kita yg memerlukan Dia..Allah tetap Esa dan tdk pernah memerlukan makhluk sebaliknya makhluklah yg memerlukan Allah dan bergantung hidup padaNya..Islam tdk memerlukan kita utk terus kukuh berdiri bahkan kita yg memerlukan Islam utk terus dilindungi dan dirahmati..Allah yg menurunkan Islam ke dunia ini dan Dialah yg akan menjaganya..Barang siapa yg mengambilnya sebagai jln hidup i'Allah mereka akan selamat Dunia dan Akhirat, barang siapa yg meninggalkannya maka mereka tergolong dlm golongan orang2 yg rugi..

Friday, March 26, 2010

Redha dan syukur..

Redha dan syukur adalah dua perkara yg senang utk dilafazkan namun amat sukar utk dilaksanakan. Redha di atas segala ketentuan Ilahi dan syukur di atas segala nikmat dan rahmatNya. Sejauh manakah kita dapat mempraktikkan kedua-dua perkara ini?Tepuk dahi tanyalah diri..Wallahuallam..

Thursday, March 25, 2010

Ar Rahman..

Allah Taala tdk pernah menganiaya hamba2Nya. Walaupn kita melakukan banyak kesalahan namun Allah tetap membuka pintu taubat buat kita. Betapa pemaafnya Allah. Maha Pengasihnya Allah hingga kesemua makhluknya dpt merasakan nikmat kehidupan di dunia milikNya. Kasihnya Allah pada makhluknya tdk terhingga..Hanya kita yg tdk menyedarinya..hanya kita yg tdk merasakannya..dek kerana kejahilan sendiri..Selangkah kita kpdNya seribu langkah Dia kpd kita...Astagfirullah..

Wednesday, March 24, 2010

Terimalah..

Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Allah tdk akan mencipta sesuatu tanpa tujuan dan maksudnya. Setiap yg berlaku akan ada sebabnya..akan ada maksudnya. kita sebagai hamba perlulah yakin akan setiap ketentuan Qada' dan Qadar Allah ke atas kita. Dia lebih mengerti..Dia lebih mengetahui..Dia lebih tahu mana yg terbaik utk hamba2Nya..Andai kesusahan yg kita tempuhi mungkin ada kesenangan di hadapan nanti..Andai kesulitan yg kita tempuhi mungkin ada nikmat yg menanti..Andai kepayahan yg kita telusuri mungkin ada sinar yg bakal menerangi..Yg pasti keyakinan padaNya yg perlu kita miliki..

Tuesday, March 23, 2010

Fikir dulu..

Pernah seorang hamba Allah berpesan..'sesal sebelum adalah lebih baik dari sesal selepas'..satu nasihat yg amat berguna buat panduan kita bersama..berfikir sedalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan adalah amat perlu terutama dlm memilih sesuatu perkara atau jalan..lebih2 lagi ianya melibatkan hal2 yg besar..fikirkanlah kesan dan akibat yg bakal berlaku sekiranya kita telah membuat satu2 pilihan. Ada baiknya kita menyimpan sedikit rasa takut atau khuatir..takut sesal dikemudian hari dan khuatir andainya keputusan yg kita buat itu akan menyusahkan diri sendiri..Wallahuallam..

Sunday, March 21, 2010

Kembali bertugas..

Setelah seminggu berlalu maka esok ambo akan kembali menjalankan tugas seperti biasa. Cuti seminggu terasa amat pantas berlalu. Banyak masa diluangkan di Kota Kinabalu..kebetulan sahabat lama dr semenanjung dtg ziarah jd ambo bwk mkn angin sekitar Kota Kinabalu. Banyak jgk gambar yg ambo snap tp belum berkesempatan nk check kualiti gambar tu..nnti akan ambo upload utk tatapan bersama..hihi

Yakinkah kita..?

Rezeki Allah sememangnya ada dan telah Allah tetapkan. Andai ia milik kita maka tiada siapa akan dpt menghalangnya. Persoalannya yakinkah kita akan hakikat itu?Bilamana kita dlm kesenangan kita sering alpa dan terleka, bilamana kita dlm kesusahan kita juga hampir alpa bahawa 'DIA'lah pemberi rezeki kpd setiap makhluknya..wallahuallam..

Saturday, March 13, 2010

Silih berganti..

Adakala kita rasa gembira..Adakala kita rasa kecewa..Ada masa kita rasa bahagia..Ada masa kita rasa duka..Perasaan saling silih berganti..Ada yg kita suka namun ada juga yg kita tdk suka..Kenapa semua ini berlaku?Semua orang inginkan kebahagiaan dan mengharapkan kebahagiaan itu berpanjangan, namun selalunya tdk begitu..Dalam keasyikan melayari bahtera kegembiraan sang kecewa bila2 masa shj akan bertandang..Semua tahu siapa yg berhak menentukan semua itu..Persoalannya mengapa?Apakah sebabnya?

Friday, March 12, 2010

Kosong

Kadang2 fikiran kita kosong..terasa buntu dan kehilangan idea..untuk memikirkan sesuatu terasa agak sukar..itulah lumrah kehidupan..kadang2 idea dan ilham datang mencurah-curah hingga tdk dapat dibendung..kadang2 fikiran jd kosong..ambillah masa untuk mengecapi sedikit rasa..renungkan seketika siapa kita..hanyalah insan yg mengikut perintahNya..

Kedapatan..


Kelmarin telah berlaku satu peristiwa yg agak melucukan di sekolah ambo. Sepucuk surat cinta tlh ditemui. Surat tersebut dipercayai ditulis oleh salah seorang pengawas sekolah (perempuan) yg ditujukan kpd seorang pelajar lelaki..Ambo nk tergelak bila membaca surat tersebut..siap berpantun lg..



Sepucuk surat ku tulis...
Menyatakan harapan,
Walaupun ku kebimbangan,
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan...

Boleh tahan pantunnya..nampaknya pengaruh luar lebih memberi kesan kpd minda para pelajar..tugas pendidik pula semakin mencabar..guru2 terpaksa memperbanyakkan bersabar..

Wednesday, March 10, 2010

Tuesday, March 9, 2010

Menilai..

Dlm kehidupan ini kita akan menempuhi bermacam jenis ujian dan penilaian. Kita sebagai hamba tdk akn terlepas dari diuji dan dinilai oleh Pencipta. Kerana ia bertujuan menguji sejauh manakah kesetiaan kita kpdNya. Usahlah kita pulak yg nak jd penilai bg org lain. Tdk perlulah kita menyusahkan diri utk menilai kerja buat org lain sedangkan kerja buat sendiri pn masih terabur. Cukuplah kita menilai kerja buat kita dan memperbaiki kekurangan yg ada kerana itulah yg lebih baik..wallahuallam..

Monday, March 8, 2010

Merancang..

Hidup perlu ada perancangan. Tp dlm merancang kehidupan jgn pula kita terlalu leka hinggakan terlupa menyukat perancangan itu dgn kemampuan sendiri. Merancang biarlah berpada2. Sukat dan ukurlah kemampuan diri agar keduanya sejajar. Jgnlah merasakan diri terlalu bijak hinggakan kita lupa bahawa perancangan Allah adalah jauh lebih baik dan lebih sempurna..dlm merancang letaklah penyerahan kpd yg Haq..hakikatnya segala yg baik mahupn yg buruk dtg dariNya..

*kita manusia miskin, hina, fakir & daif..

Sunday, March 7, 2010

Terbuka..

Dalam mencari sesuatu yg terbaik kita haruslah berfikiran terbuka dan bersedia menerima apa jua teguran mahupun kritikan. Ini kerana segala jenis teguran dan kritikan itu adalah salah satu bentuk ajaran dan didikan kepada kita. Seeloknya terimalah dengan hati yg terbuka. Segalanya dtg daripada Dia yg Maha Berhak lagi Maha Bijaksana..Wallahuallam..

Saturday, March 6, 2010

Besar periuk..

Peribahasa org Melayu.."Besar periuk bnyklah keraknya"..satu peribahasa yg ringkas namun maksudnya agak dlm..semakin bnyk duit yg masuk maka semakin bnyklah penggunaannya. Bagi mereka yg bergaji besar maka selera pn semakin tinggi. Bersyukurlah dgn apa yg kita perolehi setakat hari ini..uruslah kewangan dgn baik insyaAllah segala yg kita perlukan akan mencukupi. Jgn pulak nk jd sang kancil yg ingin berak mcm gajah..

Thursday, March 4, 2010

Ajaran..

Didikan dan ajaran Allah kpd kita dtg dlm pelbagai bentuk dan arah samada kita sedar atau tidak. Andai kita bijak menilai maka akan banyaklah manafaat yg akan kita perolehi. Kita diberikan akal yg waras utk memikirkan setiap apa yg berlaku di sekeliling kita kerana setiap yg berlaku sudah pasti ada hikmahnya. Ilmu bkn hanya boleh diperolehi di sekolah atau institusi pendidikan bahkan di kaki lima pn ia mungkin terjadi...Wallahuallam..

Bukan senang..

Bukan senang utk sentiasa berada dlm keadaan sedar. Yg terbaik ialah hati sentiasa ingat padaNya, namun utk melakukannya tdklah semudah melafazkannya..Astagfirullah..

Wednesday, March 3, 2010

Matang..part 2

Walaupn kita mengakui yg kita sudah matang namun yg menilainya bknlah diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling dan juga rakan taulan. Dari perilaku dan juga cara percakapan kita org akan dpt menilai tahap kematangan kita. Ambo pernah mendengar sebuah kuliah dr seorang ulamak..apa yg disukai ialah usia muda namun pemikiran sudah tua dan apa yg tdk disukai ialah usia dh tua namun pemikiran masih muda dan mentah..Oleh itu jagalah penampilan diri, jagalah percakapan dan tuturkata dan bicara agar kita disukai bukan dibenci.

Matang..

Kematangan biasanya disukat atau dinilai mengikut usia..semakin meningkat usia maka semakin matanglah pemikiran dan perilaku seseorang tu..betul ke?Secara peribadinya ambo kurang bersetuju..bkn bermakna pendapat tu salah namun bagi ambo kurang tepat. From my personal observation, selain dari peningkatan umur,kematangan itu juga lahir dari pengalaman seseorang individu. Semakin banyak pengalaman yg dimiliki, semakin jauh perjalanan yg dilalui, semakin luaslah mindanya dan semakin matanglah pemikirannya. Pergaulan yg tdk hanya terbatas kpd rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor kematangan manusia. Kesimpulannya walaupn umur meningkat namun jika kurang pengalaman dan pergaulan maka lambatlah matang...Wallahuallam..

Ibu..

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Sudahlah kepenatan mengandungkan kita terpaksa pula menahan kesakitan bertarung nyawa disaat melahirkan kita. Sebagai seorang anak maka wajiblah kita menghormati mereka dan menghargai setiap saat dan detik pengorbanan mereka. Syurga di bwh telapak kaki ibu..satu perumpamaan yg mengambarkan betapa tingginya martabat seorang ibu. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyanyangi kita dari kecil hingga dewasa..kasih ibu tiada tandingan..perngorbanan mereka tiada saingan..

Tuesday, March 2, 2010

Aduhai..

Hidup bersebab mati juga bersebab..setiap perkara yg berlaku mesti ada sebab dan asbab. Kenapa kita dihidupkan di muka bumi Allah ini?Adakah semata-mata kerana utk mengecapi kemewahan yg sementara?Atau untuk melakukan maksiat dan mengumpul dosa?Jawapannya ada dlm diri setiap insan yg bergelar manusia..Andaikata haiwan itu boleh berkata2 sepetimana kita nescaya mereka akan berkata.."alahai ruginya manusia yg tdk tahu menghargai nikmat kehidupan"..Wallahuallam..

Monday, March 1, 2010

Kejar + kumpul...part 2

Ambo pernah mendegar pesan org alim..letaklah dunia di tangan dan akhirat dijunjung di atas kepala..jgn sesekali menjunjung dunia di atas kepala dan akhirat dipegang di tangan. Ini kerana apabila kita berjalan sambil menjunjung dunia di kepala tiba2 kita rasa nak terjatuh sudah semestinya kita akan melepaskan apa yg dipegang dan cepat2 memegang apa yg ada di atas kepala..Renung2kan..

* Bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun dan
beramallah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari..