..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Thursday, April 1, 2010

Jgn leka dan alpa..

Syirik berasal dari perkataan Arab 'syaraka' yg membawa maksud bersama atau bersekutu. Dalam konteks agama syirik bererti menyekutukan Yg Maha Esa. Lebih senang utk kita faham Syirik bermaksud membesarkan sesuatu yg lain selain dari Allah Taala. Menganggap makhluk lebih berkuasa dari Allah Taala juga termasuk dlm kategori syirik. Dlm konteks kita hari ini ramai yg lupa pd Allah dlm sedar atau tanpa sedar. Tanpa disedari manusia lebih mengaggungkan makhluk dari Khalik. Ada yg bertuhankan duit..ada yg bertuhankan harta..ada juga yg bertuhankan kerjaya. Mereka lebih mengutamakan semua itu hingga melalaikan mereka dari mengingati Allah. Mereka alpa dan leka bahawa Allahlah yg memberikan mereka kesenangan, Allahlah yg memberikan mereka kejayaan, Allah jualah yg memberikan mereka kebahagiaan. Namun mereka hanya ingat kesenangan yg mereka miliki dan kecapi hari ini adalah dari hasil usaha mereka sendiri..Astagfirullah..
Kelmarin ptg tiba2 ada bdk ketuk pintu umh ambo..nk mintak tolong hantarkn dia balik rupanya..rumah dia agak jauh..ambo pn hantar jelah..sambil2 tu sempat ambik peluang menggambar apa yg patut di kawasan kg anak murid ambo tu..

- Proses membuat kapal nelayan..saiz kapal agak besar sebesar 2 buah lori simen..






Wednesday, March 31, 2010

Persiapan sebenar..

"Dikala bersedekah, elakkan menghitung keperluan diri utk jangka waktu yg panjang kerana sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah.." Kebiasaannya kita banyak merancang utk masa hadapan kita, satu persiapan yg baik..namun tanpa kita sedari kita hampir terlupa masa hadapan kita yg sebenar-benarnya..masa bilamana jasad sudah tdk lagi bernyawa..'mati'..itulah masa hadapan kita yg sebenarnya..saat dan ketikanya pasti tiba..bersediakah kita menghadapinya?cukupkah bekalan yg ada?..bersiap sedialah sementara masih muda dan bertenaga kerana itulah lebih bermakna..

Sunday, March 28, 2010

Keno ingat sokmo..

Berbicara soal duit adalah satu perkara yg agak sensitif. Kerana duit dari kawan bertukar menjadi lawan. Yg lebih dahsyat dari anak boleh bertukar menjadi pontianak..Nauzubillah..Harus kita ingat semua rezeki yg datang adalah dari Allah. Duit itu adalah salah satu ujian buat kita sebagai hambaNya. Sentiasa bersyukur di atas segala pemberianNya adalah jln yg terbaik. Ingatlah duit akan dtg dan pergi semahunya. Ia singgah pada kita hanya sementara sahaja. Hanya Allah akan tetap kekal bersama kita selama-lamanya..