..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Friday, January 8, 2010

Message

Semenjak dua menjak ni ambo kerap menerima msg dari Celcom. Msg yg dikirim amatlah bermakna dan penuh dgn maksud tersirat, bagaikan penyuluh dimalam hari. Terbaru ambo ada menerima msg..sekadar utk dikongsi bersama.."Jgn berdukacita dgn apa yg kita tdk perolehi tetapi teruskan bersyukur dengan segala nikmat yg telah diberikan"..sungguh halus dan dalam maksudnya..semoga ia bermanafaat buat kita semua..Allahuakbar

Wednesday, January 6, 2010

Rezeki..

"Rezeki yang halal itu datangnya dari sumber yang halal dan hati tidak meraguinya. Elakkan dari rezeki yang meragukan.."..itu sebahagian dari pesanan kpd kita semua untuk diamalkan. Setiap apa yang masuk ke dlm perut kita akan menjadi darah daging kita. Pesan arifbillah, setiap rezeki yang tdk halal yang masuk ke perut kita ibarat racun yang akan merosakkan diri sendiri..oleh itu jagalah diri, jernihkan peribadi, semoga mendapat kemuliaan dari Ilahi..Allahuakbar..

Monday, January 4, 2010

Selamat kembali ke sekolah..

Bermula hari ini telah kembali bermulanya waktu persekolahan. Cuti yg panjang ambo rasakan berlalu hanya sekelip mata. Betapa pantasnya masa berlalu. Walaupn hari ini telah bermulanya waktu persekolahan namun ada segelintir pelajar di sekolah ambo yg masih keasyikan bercuti..xtaulah cuti apa yg diorang ambik. Pg dimulakan dengan perhimpunan..ambo pulak dijemput utk membacakan doa sempena "back to school"..doa apa ambo baca ambo pn xpasti sbb tiba2 je Guru Besar jemput utk bacakan doa. Walauapapun selamat kembali meneruskan perjuangan kpd guru2..juga kpd semua pelajar seluruh tanah air selamat berjuang ambo ucapkan..