..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Saturday, March 6, 2010

Besar periuk..

Peribahasa org Melayu.."Besar periuk bnyklah keraknya"..satu peribahasa yg ringkas namun maksudnya agak dlm..semakin bnyk duit yg masuk maka semakin bnyklah penggunaannya. Bagi mereka yg bergaji besar maka selera pn semakin tinggi. Bersyukurlah dgn apa yg kita perolehi setakat hari ini..uruslah kewangan dgn baik insyaAllah segala yg kita perlukan akan mencukupi. Jgn pulak nk jd sang kancil yg ingin berak mcm gajah..

Thursday, March 4, 2010

Ajaran..

Didikan dan ajaran Allah kpd kita dtg dlm pelbagai bentuk dan arah samada kita sedar atau tidak. Andai kita bijak menilai maka akan banyaklah manafaat yg akan kita perolehi. Kita diberikan akal yg waras utk memikirkan setiap apa yg berlaku di sekeliling kita kerana setiap yg berlaku sudah pasti ada hikmahnya. Ilmu bkn hanya boleh diperolehi di sekolah atau institusi pendidikan bahkan di kaki lima pn ia mungkin terjadi...Wallahuallam..

Bukan senang..

Bukan senang utk sentiasa berada dlm keadaan sedar. Yg terbaik ialah hati sentiasa ingat padaNya, namun utk melakukannya tdklah semudah melafazkannya..Astagfirullah..

Wednesday, March 3, 2010

Matang..part 2

Walaupn kita mengakui yg kita sudah matang namun yg menilainya bknlah diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling dan juga rakan taulan. Dari perilaku dan juga cara percakapan kita org akan dpt menilai tahap kematangan kita. Ambo pernah mendengar sebuah kuliah dr seorang ulamak..apa yg disukai ialah usia muda namun pemikiran sudah tua dan apa yg tdk disukai ialah usia dh tua namun pemikiran masih muda dan mentah..Oleh itu jagalah penampilan diri, jagalah percakapan dan tuturkata dan bicara agar kita disukai bukan dibenci.

Matang..

Kematangan biasanya disukat atau dinilai mengikut usia..semakin meningkat usia maka semakin matanglah pemikiran dan perilaku seseorang tu..betul ke?Secara peribadinya ambo kurang bersetuju..bkn bermakna pendapat tu salah namun bagi ambo kurang tepat. From my personal observation, selain dari peningkatan umur,kematangan itu juga lahir dari pengalaman seseorang individu. Semakin banyak pengalaman yg dimiliki, semakin jauh perjalanan yg dilalui, semakin luaslah mindanya dan semakin matanglah pemikirannya. Pergaulan yg tdk hanya terbatas kpd rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor kematangan manusia. Kesimpulannya walaupn umur meningkat namun jika kurang pengalaman dan pergaulan maka lambatlah matang...Wallahuallam..

Ibu..

Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Sudahlah kepenatan mengandungkan kita terpaksa pula menahan kesakitan bertarung nyawa disaat melahirkan kita. Sebagai seorang anak maka wajiblah kita menghormati mereka dan menghargai setiap saat dan detik pengorbanan mereka. Syurga di bwh telapak kaki ibu..satu perumpamaan yg mengambarkan betapa tingginya martabat seorang ibu. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyanyangi kita dari kecil hingga dewasa..kasih ibu tiada tandingan..perngorbanan mereka tiada saingan..

Tuesday, March 2, 2010

Aduhai..

Hidup bersebab mati juga bersebab..setiap perkara yg berlaku mesti ada sebab dan asbab. Kenapa kita dihidupkan di muka bumi Allah ini?Adakah semata-mata kerana utk mengecapi kemewahan yg sementara?Atau untuk melakukan maksiat dan mengumpul dosa?Jawapannya ada dlm diri setiap insan yg bergelar manusia..Andaikata haiwan itu boleh berkata2 sepetimana kita nescaya mereka akan berkata.."alahai ruginya manusia yg tdk tahu menghargai nikmat kehidupan"..Wallahuallam..

Monday, March 1, 2010

Kejar + kumpul...part 2

Ambo pernah mendegar pesan org alim..letaklah dunia di tangan dan akhirat dijunjung di atas kepala..jgn sesekali menjunjung dunia di atas kepala dan akhirat dipegang di tangan. Ini kerana apabila kita berjalan sambil menjunjung dunia di kepala tiba2 kita rasa nak terjatuh sudah semestinya kita akan melepaskan apa yg dipegang dan cepat2 memegang apa yg ada di atas kepala..Renung2kan..

* Bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun dan
beramallah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari..



Sunday, February 28, 2010

Kejar + kumpul..

Zaman sekarang ramai org berlumba-lumba mengumpul harta. Ada yg kumpul duit. ada yg kumpul rumah, ada jgk yg kumpul bisnes. Setiap org ada perancangan masing2 demi utk masa depan yg gemilang. Syukurlah bagi mereka yg memikirkan masa depan agar bila tua nanti tdk kesempitan. Namun dlm kita mengejar dan mengumpul jgn kita alpa bahawa ada lg perkara yg wajib kita kejar dan kumpul..kejarlah akhirat dan kumpullah amalan semoga hidup kita bahagia dan mati kita gembira..Wallahuallam..

Hidup..

"Hidup ini adalah satu perjalanan, perjalanan pula terdapat berbagai ujian, setiap ujian tersirat pelbagai hikmahnya, setiap hikmah menjadi anak kunci keinsanan"..kehidupan ini ibarat satu perjalanan dan dlm perjalanan ini kita akan tempuhi pelbagai mcm ujian..setiap ujian yg menimpa terselit hikmah di sebaliknya. Jgn sekali2 berprasangka buruk dgn Allah di atas dugaan yg dilalui bahkan ambillah masa utk memikirkan apakah hikmah yg ada di sebaliknya. Jwpn mungkin tdk segera diperolehi akan tetapi yg pasti setiapnya membawa seribu erti..Bersama kita renungkan..
Hok alohla..