"Dikala bersedekah, elakkan menghitung keperluan diri utk jangka waktu yg panjang kerana sesungguhnya ajal maut itu di tangan Allah.." Kebiasaannya kita banyak merancang utk masa hadapan kita, satu persiapan yg baik..namun tanpa kita sedari kita hampir terlupa masa hadapan kita yg sebenar-benarnya..masa bilamana jasad sudah tdk lagi bernyawa..'mati'..itulah masa hadapan kita yg sebenarnya..saat dan ketikanya pasti tiba..bersediakah kita menghadapinya?cukupkah bekalan yg ada?..bersiap sedialah sementara masih muda dan bertenaga kerana itulah lebih bermakna..
SALAM UKHUWWAH
Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.
Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^
GenG
Labels
Wednesday, March 31, 2010
Sunday, March 28, 2010
Keno ingat sokmo..
Berbicara soal duit adalah satu perkara yg agak sensitif. Kerana duit dari kawan bertukar menjadi lawan. Yg lebih dahsyat dari anak boleh bertukar menjadi pontianak..Nauzubillah..Harus kita ingat semua rezeki yg datang adalah dari Allah. Duit itu adalah salah satu ujian buat kita sebagai hambaNya. Sentiasa bersyukur di atas segala pemberianNya adalah jln yg terbaik. Ingatlah duit akan dtg dan pergi semahunya. Ia singgah pada kita hanya sementara sahaja. Hanya Allah akan tetap kekal bersama kita selama-lamanya..
Saturday, March 27, 2010
Siapa perlukan siapa..?
Allah tdk memerlukan kita bahkan kita yg memerlukan Dia..Allah tetap Esa dan tdk pernah memerlukan makhluk sebaliknya makhluklah yg memerlukan Allah dan bergantung hidup padaNya..Islam tdk memerlukan kita utk terus kukuh berdiri bahkan kita yg memerlukan Islam utk terus dilindungi dan dirahmati..Allah yg menurunkan Islam ke dunia ini dan Dialah yg akan menjaganya..Barang siapa yg mengambilnya sebagai jln hidup i'Allah mereka akan selamat Dunia dan Akhirat, barang siapa yg meninggalkannya maka mereka tergolong dlm golongan orang2 yg rugi..
Friday, March 26, 2010
Redha dan syukur..
Redha dan syukur adalah dua perkara yg senang utk dilafazkan namun amat sukar utk dilaksanakan. Redha di atas segala ketentuan Ilahi dan syukur di atas segala nikmat dan rahmatNya. Sejauh manakah kita dapat mempraktikkan kedua-dua perkara ini?Tepuk dahi tanyalah diri..Wallahuallam..
Thursday, March 25, 2010
Ar Rahman..
Allah Taala tdk pernah menganiaya hamba2Nya. Walaupn kita melakukan banyak kesalahan namun Allah tetap membuka pintu taubat buat kita. Betapa pemaafnya Allah. Maha Pengasihnya Allah hingga kesemua makhluknya dpt merasakan nikmat kehidupan di dunia milikNya. Kasihnya Allah pada makhluknya tdk terhingga..Hanya kita yg tdk menyedarinya..hanya kita yg tdk merasakannya..dek kerana kejahilan sendiri..Selangkah kita kpdNya seribu langkah Dia kpd kita...Astagfirullah..
Wednesday, March 24, 2010
Terimalah..
Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Allah tdk akan mencipta sesuatu tanpa tujuan dan maksudnya. Setiap yg berlaku akan ada sebabnya..akan ada maksudnya. kita sebagai hamba perlulah yakin akan setiap ketentuan Qada' dan Qadar Allah ke atas kita. Dia lebih mengerti..Dia lebih mengetahui..Dia lebih tahu mana yg terbaik utk hamba2Nya..Andai kesusahan yg kita tempuhi mungkin ada kesenangan di hadapan nanti..Andai kesulitan yg kita tempuhi mungkin ada nikmat yg menanti..Andai kepayahan yg kita telusuri mungkin ada sinar yg bakal menerangi..Yg pasti keyakinan padaNya yg perlu kita miliki..
Tuesday, March 23, 2010
Fikir dulu..
Pernah seorang hamba Allah berpesan..'sesal sebelum adalah lebih baik dari sesal selepas'..satu nasihat yg amat berguna buat panduan kita bersama..berfikir sedalamnya sebelum membuat sesuatu keputusan adalah amat perlu terutama dlm memilih sesuatu perkara atau jalan..lebih2 lagi ianya melibatkan hal2 yg besar..fikirkanlah kesan dan akibat yg bakal berlaku sekiranya kita telah membuat satu2 pilihan. Ada baiknya kita menyimpan sedikit rasa takut atau khuatir..takut sesal dikemudian hari dan khuatir andainya keputusan yg kita buat itu akan menyusahkan diri sendiri..Wallahuallam..
Sunday, March 21, 2010
Kembali bertugas..
Setelah seminggu berlalu maka esok ambo akan kembali menjalankan tugas seperti biasa. Cuti seminggu terasa amat pantas berlalu. Banyak masa diluangkan di Kota Kinabalu..kebetulan sahabat lama dr semenanjung dtg ziarah jd ambo bwk mkn angin sekitar Kota Kinabalu. Banyak jgk gambar yg ambo snap tp belum berkesempatan nk check kualiti gambar tu..nnti akan ambo upload utk tatapan bersama..hihi
Yakinkah kita..?
Rezeki Allah sememangnya ada dan telah Allah tetapkan. Andai ia milik kita maka tiada siapa akan dpt menghalangnya. Persoalannya yakinkah kita akan hakikat itu?Bilamana kita dlm kesenangan kita sering alpa dan terleka, bilamana kita dlm kesusahan kita juga hampir alpa bahawa 'DIA'lah pemberi rezeki kpd setiap makhluknya..wallahuallam..
Saturday, March 13, 2010
Silih berganti..
Adakala kita rasa gembira..Adakala kita rasa kecewa..Ada masa kita rasa bahagia..Ada masa kita rasa duka..Perasaan saling silih berganti..Ada yg kita suka namun ada juga yg kita tdk suka..Kenapa semua ini berlaku?Semua orang inginkan kebahagiaan dan mengharapkan kebahagiaan itu berpanjangan, namun selalunya tdk begitu..Dalam keasyikan melayari bahtera kegembiraan sang kecewa bila2 masa shj akan bertandang..Semua tahu siapa yg berhak menentukan semua itu..Persoalannya mengapa?Apakah sebabnya?
Friday, March 12, 2010
Kosong
Kadang2 fikiran kita kosong..terasa buntu dan kehilangan idea..untuk memikirkan sesuatu terasa agak sukar..itulah lumrah kehidupan..kadang2 idea dan ilham datang mencurah-curah hingga tdk dapat dibendung..kadang2 fikiran jd kosong..ambillah masa untuk mengecapi sedikit rasa..renungkan seketika siapa kita..hanyalah insan yg mengikut perintahNya..
Kedapatan..
Kelmarin telah berlaku satu peristiwa yg agak melucukan di sekolah ambo. Sepucuk surat cinta tlh ditemui. Surat tersebut dipercayai ditulis oleh salah seorang pengawas sekolah (perempuan) yg ditujukan kpd seorang pelajar lelaki..Ambo nk tergelak bila membaca surat tersebut..siap berpantun lg..
Sepucuk surat ku tulis...
Menyatakan harapan,
Walaupun ku kebimbangan,
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan...
Boleh tahan pantunnya..nampaknya pengaruh luar lebih memberi kesan kpd minda para pelajar..tugas pendidik pula semakin mencabar..guru2 terpaksa memperbanyakkan bersabar..
Tuesday, March 9, 2010
Menilai..
Dlm kehidupan ini kita akan menempuhi bermacam jenis ujian dan penilaian. Kita sebagai hamba tdk akn terlepas dari diuji dan dinilai oleh Pencipta. Kerana ia bertujuan menguji sejauh manakah kesetiaan kita kpdNya. Usahlah kita pulak yg nak jd penilai bg org lain. Tdk perlulah kita menyusahkan diri utk menilai kerja buat org lain sedangkan kerja buat sendiri pn masih terabur. Cukuplah kita menilai kerja buat kita dan memperbaiki kekurangan yg ada kerana itulah yg lebih baik..wallahuallam..


Monday, March 8, 2010
Merancang..
Hidup perlu ada perancangan. Tp dlm merancang kehidupan jgn pula kita terlalu leka hinggakan terlupa menyukat perancangan itu dgn kemampuan sendiri. Merancang biarlah berpada2. Sukat dan ukurlah kemampuan diri agar keduanya sejajar. Jgnlah merasakan diri terlalu bijak hinggakan kita lupa bahawa perancangan Allah adalah jauh lebih baik dan lebih sempurna..dlm merancang letaklah penyerahan kpd yg Haq..hakikatnya segala yg baik mahupn yg buruk dtg dariNya..
*kita manusia miskin, hina, fakir & daif..
Sunday, March 7, 2010
Terbuka..
Dalam mencari sesuatu yg terbaik kita haruslah berfikiran terbuka dan bersedia menerima apa jua teguran mahupun kritikan. Ini kerana segala jenis teguran dan kritikan itu adalah salah satu bentuk ajaran dan didikan kepada kita. Seeloknya terimalah dengan hati yg terbuka. Segalanya dtg daripada Dia yg Maha Berhak lagi Maha Bijaksana..Wallahuallam..
Saturday, March 6, 2010
Besar periuk..
Peribahasa org Melayu.."Besar periuk bnyklah keraknya"..satu peribahasa yg ringkas namun maksudnya agak dlm..semakin bnyk duit yg masuk maka semakin bnyklah penggunaannya. Bagi mereka yg bergaji besar maka selera pn semakin tinggi. Bersyukurlah dgn apa yg kita perolehi setakat hari ini..uruslah kewangan dgn baik insyaAllah segala yg kita perlukan akan mencukupi. Jgn pulak nk jd sang kancil yg ingin berak mcm gajah..
Thursday, March 4, 2010
Ajaran..
Didikan dan ajaran Allah kpd kita dtg dlm pelbagai bentuk dan arah samada kita sedar atau tidak. Andai kita bijak menilai maka akan banyaklah manafaat yg akan kita perolehi. Kita diberikan akal yg waras utk memikirkan setiap apa yg berlaku di sekeliling kita kerana setiap yg berlaku sudah pasti ada hikmahnya. Ilmu bkn hanya boleh diperolehi di sekolah atau institusi pendidikan bahkan di kaki lima pn ia mungkin terjadi...Wallahuallam..
Bukan senang..
Bukan senang utk sentiasa berada dlm keadaan sedar. Yg terbaik ialah hati sentiasa ingat padaNya, namun utk melakukannya tdklah semudah melafazkannya..Astagfirullah..
Wednesday, March 3, 2010
Matang..part 2
Walaupn kita mengakui yg kita sudah matang namun yg menilainya bknlah diri sendiri bahkan masyarakat sekeliling dan juga rakan taulan. Dari perilaku dan juga cara percakapan kita org akan dpt menilai tahap kematangan kita. Ambo pernah mendengar sebuah kuliah dr seorang ulamak..apa yg disukai ialah usia muda namun pemikiran sudah tua dan apa yg tdk disukai ialah usia dh tua namun pemikiran masih muda dan mentah..Oleh itu jagalah penampilan diri, jagalah percakapan dan tuturkata dan bicara agar kita disukai bukan dibenci.
Matang..
Kematangan biasanya disukat atau dinilai mengikut usia..semakin meningkat usia maka semakin matanglah pemikiran dan perilaku seseorang tu..betul ke?Secara peribadinya ambo kurang bersetuju..bkn bermakna pendapat tu salah namun bagi ambo kurang tepat. From my personal observation, selain dari peningkatan umur,kematangan itu juga lahir dari pengalaman seseorang individu. Semakin banyak pengalaman yg dimiliki, semakin jauh perjalanan yg dilalui, semakin luaslah mindanya dan semakin matanglah pemikirannya. Pergaulan yg tdk hanya terbatas kpd rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor kematangan manusia. Kesimpulannya walaupn umur meningkat namun jika kurang pengalaman dan pergaulan maka lambatlah matang...Wallahuallam..
Ibu..
Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Sudahlah kepenatan mengandungkan kita terpaksa pula menahan kesakitan bertarung nyawa disaat melahirkan kita. Sebagai seorang anak maka wajiblah kita menghormati mereka dan menghargai setiap saat dan detik pengorbanan mereka. Syurga di bwh telapak kaki ibu..satu perumpamaan yg mengambarkan betapa tingginya martabat seorang ibu. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyanyangi kita dari kecil hingga dewasa..kasih ibu tiada tandingan..perngorbanan mereka tiada saingan..
Tuesday, March 2, 2010
Aduhai..
Hidup bersebab mati juga bersebab..setiap perkara yg berlaku mesti ada sebab dan asbab. Kenapa kita dihidupkan di muka bumi Allah ini?Adakah semata-mata kerana utk mengecapi kemewahan yg sementara?Atau untuk melakukan maksiat dan mengumpul dosa?Jawapannya ada dlm diri setiap insan yg bergelar manusia..Andaikata haiwan itu boleh berkata2 sepetimana kita nescaya mereka akan berkata.."alahai ruginya manusia yg tdk tahu menghargai nikmat kehidupan"..Wallahuallam..
Monday, March 1, 2010
Kejar + kumpul...part 2
Ambo pernah mendegar pesan org alim..letaklah dunia di tangan dan akhirat dijunjung di atas kepala..jgn sesekali menjunjung dunia di atas kepala dan akhirat dipegang di tangan. Ini kerana apabila kita berjalan sambil menjunjung dunia di kepala tiba2 kita rasa nak terjatuh sudah semestinya kita akan melepaskan apa yg dipegang dan cepat2 memegang apa yg ada di atas kepala..Renung2kan..
* Bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun dan
beramallah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari..
Sunday, February 28, 2010
Kejar + kumpul..
Zaman sekarang ramai org berlumba-lumba mengumpul harta. Ada yg kumpul duit. ada yg kumpul rumah, ada jgk yg kumpul bisnes. Setiap org ada perancangan masing2 demi utk masa depan yg gemilang. Syukurlah bagi mereka yg memikirkan masa depan agar bila tua nanti tdk kesempitan. Namun dlm kita mengejar dan mengumpul jgn kita alpa bahawa ada lg perkara yg wajib kita kejar dan kumpul..kejarlah akhirat dan kumpullah amalan semoga hidup kita bahagia dan mati kita gembira..Wallahuallam..
Hidup..
"Hidup ini adalah satu perjalanan, perjalanan pula terdapat berbagai ujian, setiap ujian tersirat pelbagai hikmahnya, setiap hikmah menjadi anak kunci keinsanan"..kehidupan ini ibarat satu perjalanan dan dlm perjalanan ini kita akan tempuhi pelbagai mcm ujian..setiap ujian yg menimpa terselit hikmah di sebaliknya. Jgn sekali2 berprasangka buruk dgn Allah di atas dugaan yg dilalui bahkan ambillah masa utk memikirkan apakah hikmah yg ada di sebaliknya. Jwpn mungkin tdk segera diperolehi akan tetapi yg pasti setiapnya membawa seribu erti..Bersama kita renungkan..
Saturday, February 27, 2010
Cerewet..
Cerewet..satu perkataan yg agak kerap kita dengar. Selalunya perkataan ini digunakan utk menggambarkan sikap seseorang atau individu dlm menentukan sesuatu (mkn, pakai dll). Kadangkala sikap cerewet ini ada baiknya namun kadang2 ianya agak menyusahkan dan memeningkan kepala sendiri dan juga org lain. Dlm membuat pilihan kita jgnlah terlalu cerewet atau memilih takut nanti dek kerana terlalu memilih kita tersilap pilih..tdk salah utk menjadi seorang yg cerewet tapi apa yg penting buatlah pilihan yg dirasakan terbaik utk diri kita..
*Pilihan ada ditangan sendiri
Friday, February 26, 2010
Bijak pandai..
Siapakah mereka yg tergolong dlm golongan bijak pandai?Adakah dia seorang yg genius?Atau seorang ahli perniagaan yg berjaya?Atau seorang ahli politik yg berjaya?...Ada pendapat mengatakan golongan bijak pandai ini adalah mereka yg sentiasa memikirkan perkara akan dtg..Ada juga pendapat mengatakan mereka yg bijak pandai adalah mereka yg sentiasa mengingati akan mati dan sentiasa bersedia utk menghadapinya..Ada benarnya pendapat tersebut..Ini kerana mereka yg sentiasa mengingati saat kematian akan sentiasa bersedia utk menghadapinya..Dia bukan shj bersedia dari segi jiwa bahkan melaksanakan segala tanggungjawabnya sewaktu hidup..ini adalah sebagai persediaan awal utk menjawab soalan2 Malaikat Maut dan juga ketika mengadap Allah Azza Wajalla..
Thursday, February 25, 2010
Pengurusan..
Banyak perkara yg terpaksa kita uruskan dlm kehidupan seharian. Dlm banyak2 bab yg paling kita titik beratkan adalah pengurusan kewangan. Ada duit banyak pun susah, tak cukup duit lagi susah. Gunakanlah kebijaksanaan sendiri dlm menguruskan hal yg sebegini. Kita merancang Allah jua yg menentukan segalanya..
*Jgn lupa utk menguruskan diri sendiri..
*Jgn lupa utk menguruskan diri sendiri..
Wednesday, February 24, 2010
Kenangan Hujung Minggu..Ahad 21/02/2010
Aktiviti ambo hujung minggu lepas..menaiki bot sangkut (enjin sangkut) bersama Cikgu Zahari, Pakcik Gajir dan anknya Abd Suar ronda2 sekitar Pulau Banggi..Banyk tempat menarik rupanya di sekitar Pulau Banggi..pantai yg indah, air yg jernih n terdapat pulau2 kecil sekitarnya memang sesuai utk camping n snorkling..
-Pagi sebelum bertolak ambo brsama Cikgu Zahari smpt menikmati saat indah melihat mentari terbit..
-Pagi sebelum bertolak ambo brsama Cikgu Zahari smpt menikmati saat indah melihat mentari terbit..
-Terpaksa melalui jeti org kg utk menuju ke bot..
-Kg Perpaduan..kg atas air..(gambar diambil dari atas bot)
-Sempat memancing di tgh lautan sblm meneruskan perjalanan..
-Pesisir pantai Kg Balak-balak (Pulau Balak-balak)
-Dalam gambar kecil ialah Kg Pengasaan (Pulau Pengasaan)..Gambar diambil dari pesisir pantai
Pulau Balak-balak..
Subscribe to:
Posts (Atom)
























