..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Sunday, February 28, 2010

Kejar + kumpul..

Zaman sekarang ramai org berlumba-lumba mengumpul harta. Ada yg kumpul duit. ada yg kumpul rumah, ada jgk yg kumpul bisnes. Setiap org ada perancangan masing2 demi utk masa depan yg gemilang. Syukurlah bagi mereka yg memikirkan masa depan agar bila tua nanti tdk kesempitan. Namun dlm kita mengejar dan mengumpul jgn kita alpa bahawa ada lg perkara yg wajib kita kejar dan kumpul..kejarlah akhirat dan kumpullah amalan semoga hidup kita bahagia dan mati kita gembira..Wallahuallam..

Hidup..

"Hidup ini adalah satu perjalanan, perjalanan pula terdapat berbagai ujian, setiap ujian tersirat pelbagai hikmahnya, setiap hikmah menjadi anak kunci keinsanan"..kehidupan ini ibarat satu perjalanan dan dlm perjalanan ini kita akan tempuhi pelbagai mcm ujian..setiap ujian yg menimpa terselit hikmah di sebaliknya. Jgn sekali2 berprasangka buruk dgn Allah di atas dugaan yg dilalui bahkan ambillah masa utk memikirkan apakah hikmah yg ada di sebaliknya. Jwpn mungkin tdk segera diperolehi akan tetapi yg pasti setiapnya membawa seribu erti..Bersama kita renungkan..
Hok alohla..


Saturday, February 27, 2010

Kaedah yg baru ambo bljr dr blog seorang kwn..cintaterindahsangarjuna.blogspot.com..sekadar mencuba kaedah baru..masih perlu diperbaiki..perlu perbanyakkan latihan..


Cerewet..

Cerewet..satu perkataan yg agak kerap kita dengar. Selalunya perkataan ini digunakan utk menggambarkan sikap seseorang atau individu dlm menentukan sesuatu (mkn, pakai dll). Kadangkala sikap cerewet ini ada baiknya namun kadang2 ianya agak menyusahkan dan memeningkan kepala sendiri dan juga org lain. Dlm membuat pilihan kita jgnlah terlalu cerewet atau memilih takut nanti dek kerana terlalu memilih kita tersilap pilih..tdk salah utk menjadi seorang yg cerewet tapi apa yg penting buatlah pilihan yg dirasakan terbaik utk diri kita..

*Pilihan ada ditangan sendiri

Skoda jah..





Friday, February 26, 2010

Bijak pandai..

Siapakah mereka yg tergolong dlm golongan bijak pandai?Adakah dia seorang yg genius?Atau seorang ahli perniagaan yg berjaya?Atau seorang ahli politik yg berjaya?...Ada pendapat mengatakan golongan bijak pandai ini adalah mereka yg sentiasa memikirkan perkara akan dtg..Ada juga pendapat mengatakan mereka yg bijak pandai adalah mereka yg sentiasa mengingati akan mati dan sentiasa bersedia utk menghadapinya..Ada benarnya pendapat tersebut..Ini kerana mereka yg sentiasa mengingati saat kematian akan sentiasa bersedia utk menghadapinya..Dia bukan shj bersedia dari segi jiwa bahkan melaksanakan segala tanggungjawabnya sewaktu hidup..ini adalah sebagai persediaan awal utk menjawab soalan2 Malaikat Maut dan juga ketika mengadap Allah Azza Wajalla..
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Baginda Rasulullah SAW

Baginda insan mulia, insan terpuji, insan kamil, pemimpin sekalian ummat..Wahai orang2 yg beriman, berselawatlah kamu ke atas junjungan besar Rasulullah SAW..

Thursday, February 25, 2010

Pengurusan..

Banyak perkara yg terpaksa kita uruskan dlm kehidupan seharian. Dlm banyak2 bab yg paling kita titik beratkan adalah pengurusan kewangan. Ada duit banyak pun susah, tak cukup duit lagi susah. Gunakanlah kebijaksanaan sendiri dlm menguruskan hal yg sebegini. Kita merancang Allah jua yg menentukan segalanya..

*Jgn lupa utk menguruskan diri sendiri..

Wednesday, February 24, 2010

Kenangan Hujung Minggu..Ahad 21/02/2010

Aktiviti ambo hujung minggu lepas..menaiki bot sangkut (enjin sangkut) bersama Cikgu Zahari, Pakcik Gajir dan anknya Abd Suar ronda2 sekitar Pulau Banggi..Banyk tempat menarik rupanya di sekitar Pulau Banggi..pantai yg indah, air yg jernih n terdapat pulau2 kecil sekitarnya memang sesuai utk camping n snorkling..

-Pagi sebelum bertolak ambo brsama Cikgu Zahari smpt menikmati saat indah melihat mentari terbit..





-Terpaksa melalui jeti org kg utk menuju ke bot..



-Kg Perpaduan..kg atas air..(gambar diambil dari atas bot)



-Sempat memancing di tgh lautan sblm meneruskan perjalanan..



-Pesisir pantai Kg Balak-balak (Pulau Balak-balak)










-Dalam gambar kecil ialah Kg Pengasaan (Pulau Pengasaan)..Gambar diambil dari pesisir pantai
Pulau Balak-balak..

Monday, February 22, 2010

Terkadang..

Kadang2 kita merasakan ilmu yg kita ada sudah banyak..kadang2 kita merasakan pengetahuan kita dlm satu-satu bidang sudah luas..kadang2 kita merasakan bisonya diri hingga timbulnya rasa utk menguji org lain dan membandingkan dgn apa yg kita ada..dlm sedar atau tdk sebenarnya timbul rasa gah dlm diri..timbul rasa bangga dlm diri..timbul rasa riak dlm hati..tanpa kita sedari kita sedang membawa diri ke lembah kehinaan..Astagfirullah..

Berfikir

Allah Taala tlh menjadikan manusia dgn sebaik-baik kejadian. Manusia mempunyai banyak keistimewaan..antara keistimewaan yg tlh Allah berikan ialah "akal"..sememangnya akal manusia itu terbatas namun untk menjadikan diri lebih 'istimewa' kita perlulah memikirkan sesuatu yg di luar pemikiran biasa. Apakah yg kita rasakan luar dari kebiasaan itu?Ada pendapat mengatakan berfikir dua lapis..ada juga mengatakan berfikir di luar kotak..ayuh sama2 kita fikirkan..


*Tafakkaru fi khalkillah wala tafakkaru fillah (zatillah)...

Sunday, February 21, 2010

Sayangi diri..

Sayangilah diri sendiri. Andai kita tdk menyanyangi diri sendiri maka siapa lagi yg akan menyanyangi batang tubuh ini. Kalau kita tdk memperdulikan diri kita sendiri siapa lg yg akan memperdulikannya. Bertahun-tahun batang tubuh ini memberikan sumbangan, memerahkan keringat utk mencari sesuap rezeki, maka hormatilah ia sepadan dgn usaha dan keringat yg diperah..
Mmm..Bole la kot..


Saturday, February 20, 2010

Jangan kesal..

"Jgn disesali segala pengalaman pahit yg kita lalui kerana ia juga satu ilmu, wadah dan panduan dlm perjalanan mencari keredhaanNya"..

Setiap apa yg kita lalui dan tempuhi akan membawa seribu makna dan manafaat kpd kita walaupn pengalaman itu pahit atau menyusahkan. Segala pengalaman inilah yg akan membantu dan memandu kita dalam melalui hari2 yg mendatang...Ambillah masa utk mengecapi sedikit rasa..

Friday, February 19, 2010

Ambil manafaat..

Ramai di khalayak kita hari ini bercakap amat petah, lancar pula bila berhujah..Pantang bercakap memang xnak kalah sampai kadang2 sanggup berbalah..Begitulah fenomena segelintir masyarakat kita pada hari ini. Ambo akui ambo bknlah seorang yg layak utk berbicara hal yg sebegini namun sekadar perkongsian bersama. Pesan Saidina Ali Karamallahuwajhah.."Lihatlah kpd apa yg dikata dan jgn melihat kpd siapa yg berkata"..Walaupn setinggi mana kita belajar jgn pula kita lupa ada yg lebih tinggi dr kita. Setiap apa yg org lain ckp mungkin juga ada manafaatnya walaupn org yg bercakap itu hanyalah seorg kanak2 atau seorg peminta sedekah. Ilmu Allah ni luas dan jln mencari ilmuNya juga tdk terbatas...tdk salah andainya kita luangkan masa mengambil rasa walau hanya seketika..Wallahuallam..

Thursday, February 18, 2010

Guru..

Kata org selain dr 'guru pembimbing', pengalaman hidup adalah antara guru kita. Secara peribadi ambo bersetuju dgn pendapat tersebut. Pengalaman itulah yg mendidik kita dan mengajar kita erti sebuah kehidupan. Pengalaman itulah yg mengenalkan kita kpd manis dan masam. Pengalaman itulah yg menyedarkan kita yg mana putih yg mana hitam. Pengalaman itu jualah yg membimbing kita dlm perjalanan. Namun kata org lg, guru yg terbaik adalah diri kita sendiri..Wallahuallam..

Melatah..

Melatah biasanya bermula dgn kebiasaan dan lama kelamaan menjadi satu tabiat. Bkn sahaja org yg sudah lanjut usia namun yg muda remaja pn boleh terikut2 dgn budaya melatah andai sudah terbiasa. Bermula dgn 'opocot' hinggalah terkeluar perkataan2 yg tdk enak didengar. Apa yg boleh disimpulkan disini, melatah ini hanyalah satu kebiasaan dan bukanlah satu fenomena penyakit keturunan. Kalau nak melatah pn biarlah terkeluar perkataan yg baik2..lagi bagus yg keluar tu puji-pujian pd Pencipta..semoga ianya terus meresap ke dlm jiwa kita..

Friday, February 12, 2010


Gambar melengkung..Belajar secara 'try n error' ni memerlukan percubaan yg berulang kali..Kalau ada yg teringin mencuba kaedah ni bolehlah rujuk website Sifoo.com..



Berbalah..

Mulut kata nak tp hati kata jgn..Bila hati yg mahu mulut plak xsetuju..Aduhai yg mana patut didahulu..Inilah yg dikatakn berbalah dgn diri sendiri..Ikut hati mati..Tak ikut hati diri sendiri jgk yg rugi..Bukan senang nak senang tp tak susah utk susah..

Cikgu vs Pendidik

Menjadi seorang guru/cikgu tdkla terlalu sukar namun utk menjadi seorang pendidik bukanlah mudah..Mendidik bukan sahaja memperkenalkan ABC..Alif Ba Ta..mahupun 1 2 3 kpd murid bahkan lebih dari itu..Itulah tugas seorang guru/cikgu, bukan sekadar mengajar bahkan lebih kepada mendidik..

Thursday, February 11, 2010

Bertanya..

Pesan arifbillah..Adab bertanya sesuatu/soalan jgnlah bertujuan utk menguji atau 'menyudi' (bahasa kg ambo) kerana kita tdk akan mendapat sebarang manafaat daripadanya. Tanyalah dgn ikhlas utk ingin tahu atau utk mendalaminya semoga kita akan mendapat manafaat dari pertanyaan kita itu..Wallahuallam..

Wednesday, February 10, 2010

Cahaya..

Dgn adanya cahaya maka mata kita dapat melihat..Adanya cahaya kita dapat berjalan dan melakukn kerja dgn mudah. Tanpa cahaya setiap pergerakan kita akan terbatas. Begitu besarnya peranan cahaya kpd kita manusia dan juga makhluk2 lain di muka bumi Allah ini..Hati kita juga memerlukan cahaya (Nur).Tanpa cahaya hati akan buta dan kita akan sentiasa berada dalam kegelapan dan kealpaan. Tanpa cahaya mana mungkin kita dapat melihat kebenaran..Persoalannya dari mana datangnya cahaya ini?Bagaimana utk kita perolehi cahaya ini?renung2kan bersama..Semoga dgn berfikir sesaat kita akan mendapat manafaat..Wallahuallam..

Tuesday, February 9, 2010

Papan tanda..

Pesan Arifbillah..Dalam perjalanan utk menuju ke satu-satu tempat pasti kita akan bertemu dgn banyak papan tanda (signboard). Papan tanda ini penting sebagai pemberitahun kpd kita apa yg akan/bakal kita temui di hadapan nanti. Begitu juga dlm perjalanan hidup kita. Dalam perjalanan hidup ini terdapat juga papan tanda (kurniaan Allah) sebagai isyarat atau makluman awal kpd kita apakah yg bakal kita tempuhi. Barang siapa yg cakno (alert) maka dia akan menyedarinya..Allahuakbar..

Monday, February 8, 2010

Tidak semudah kata..

Melahirkan keikhlasan dlm beramal tdk semudah melafazkannya. Ikhlas dtg dari hati yg rela. Berbicara ttg keikhlasan sememangnya mudah namun utk melaksanakannya adalah sukar. Ianya memerlukan pengorbanan,  penyerahan dan keyakinan. Hanya Allah sahaja yg dpt menilai keihklasan kita..Wallahuallam..

Menunggu terlelap..


Sunday, February 7, 2010

Operasi dipagi hari..



Masuk kandang kambing..

Pg ni Panitia ambo buat mesyuarat di kantin sekolah. Dipenghujung mesyuarat seorang hamba Allah telah singgah borak2. Antara kata2 yg sempat ambo simpulkan "masuk kandang kambing mengembek..". Maksudnya bila dtg tempat org kenalah ikut budaya masyarakat setempat (selagi mana ia tdk bertentangan dgn syariat). Kalau ada perkara yg bertentangan dgn syariat sekali pn tegurlah dgn penuh hikmah agar tdk timbul sebarang masalah. Jgn sesekali menimbulkan perasaan tdk senang hati org lain terhadap kita.

* "masuk tempat org bwk otak bkn pisau..".-Petikan lagu M.Nasir

Saturday, February 6, 2010

Bagai air yg mengalir..

Kata Arifbillah rezeki yg dtg adalah umpama air yg mengalir. Oleh itu binalah lorong2 supaya ianya mengalir melalui kita dgn baik dan tidak melimpah. Namun andai ia tdk mengalir melalui kita, jgn pula disekat air itu dari mengalir ke arah yg lain...Wallahuallam..

*Bersyukurlah dgn apa yg ada

Friday, February 5, 2010

Hanya perantara..

Kadang-kadang apa yg kita perolehi hari ini (wang ringgit) bukanlah seratus peratus milik kita. Mungkin sebahagiannya adalah hak orang lain cuma ia mengalir melalui kita. Oleh itu jgnlah kita terlalu angkuh mengatakan ianya milik kita seratus peratus. Kita hanya menumpang di bumi Allah ini. Bersyukurlah kerana ia dtg melalui kita dan bersedekahlah sebahagian dari apa yg kita perolehi semoga dgn bersedekah ia dpt menyucikan harta dan diri kita..Wallahuallam..

Wednesday, February 3, 2010

Putih..

Warna putih adalah warna kegemaran Rasulullah. Ramai yg mentafsirkan warna putih dgn pelbagai tafsiran yg menyenangkan.Warna putih melambangkan kebersihan, kesucian, ketenangan, kedamaian dll (mengikut tafsiran individu)..Sudah semestinya ramai yg menyukai warna putih. Ada juga yg mengaitkan warna ini dgn keadaan budi pekerti dan hati nurani manusia. Putih melambangkan kesucian hati, keikhlasan budi dan kemurnian peribadi. Bagaimana dgn kita?apakah warna bagi diri kita..Tdk cukup kiranya mulut berkata 'putih' sdgkan di dalam tdk seperti yg dilafazkan..Hanya Allah yg Maha Mengetahui..
Sekadar di pinggiran..



Tuesday, February 2, 2010

Kerja kita..

Apa sebenarnya tugas kita di dunia ini?Setiap makhluk telah diberikan tugas oleh penciptanya. Dari sekecil-kecil makhluk hinggalah sebesar-besar makhuk telah Allah ciptakan dengan tanggungjawab masing2. Kita sebagai makhluk yg telah dijadikan sebaik-baiknya juga mempunyai tugas dan tanggungjawab. Bersesuaian dgn sebaik-baik ciptaan, maka tugas yg diberikan adalah setimpal dgn ciptaanNya. Koreksi diri dan renungkan kembali apakah tugasan kita sebagai hambaNya..wallahuallam..

Monday, February 1, 2010

Fikir2kan..

"Berfikir (ttg kematian) sesaat adalah lebih baik daripada beribadat (ibadat sunat) sepanjang malam"..itu antara pesanan seorang sahabat kpd ambo. Termenung sejenak memikirkan apakah maksud yg cuba disampaikan.
Sebenarnya apakah yg kita fikirkan?Adakah sekadar memikirkan ttg saat kematian yg pasti akan menjelma tnpa berbuat apa2?Atau memikirkan ttg bekalan yg bakal kita bawa?Atau memikirkan ttg amalan kita sepanjang hidup samada diterima Allah atau tidak?Atau memikirkan Siapakah yg akan membantu kita ketikamana Malaikat Maut menyoal kita di Alam Barzakh nanti?Atau memikirkan di manakah tempat kita samada Syurga atau Neraka?Atau memikirkan siapa yg bakal menerima wasiat peninggalan kita nanti?...Apa yg bermain di minda kita ketika terdengar ttg kematian?Bersama kita renungkan..Allahuakbar..

Sunday, January 31, 2010

Pergi tak kembali..

Kata arifbillah..bila hembus xleh tarik..bila tarik xleh hembus..sampailah ajal..Begitu mudahnya tiba saat kematian. Ia datang tanpa perlu diundang..Sudahkah kita bersedia untuk menyambutnya?
Bagi mereka yg soleh saat ini amat dinantikan namun bagi mereka yg sebaliknya saat ini amatlah ditakuti. Apa yg kita geruni ialah saat menghadapi sakaratulmaut..dan lebih mengerunkan lagi saat selepas itu..Bagaimanakah kehidupan kita selepas kematian..?apakah bekalan yg kita bawa..?Bersama kita renungkan..Wallahuallam..