SALAM UKHUWWAH
Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.
Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^
GenG
Labels
Friday, November 13, 2009
intisari..
Hidup ini terlalu singkat..Kita ibarat sedang berjalan di padang pasir yg luas..dunia hanya persinggahan sementara..singgah untuk mengumpul tenaga n kudrat untuk meneruskan perjalan yg tdk tahu bagaimana penghujungnya..
Thursday, November 12, 2009
Tayangan umum..Batu serai
Batu serai ni ambo dpt dari seorang sahabat di KL. Dh dpt batu tu ambo terus balik n mintak sahabat ambo hantar bg tukang utk pakaikan 'baju'
Mengikut pemilik asal batu ni diperolehi dari alam ghaib melalui mimpi. Batu ni ada sepuluh beradik n setiap satunya mempunyai warna yg berbeza-beza. Batu ni tdk dijual kerana mengikut sahabat ambo tu xleh jual sbb diberi secara percuma n dia hanyalah pemilik sementara. batu serai tersebut akan diberikan kepada pemilik yg sepatutnya..Wallahuallam..
Kiranya ambo ni salah seorang hamba yg bertuah memiliki batu ni. Akan tetapi mengikut seorang yg arif ttg batu permata, batu serai milik ambo ni bknlah batu yg original akan tetapi hanyalah batu sintetik(buatan).
*org dh bagi kita terima jelah, simpan buat kenangan.
Wednesday, November 11, 2009
Kadang-kadang
Hidup kita terkadang gembira..terkadang berduka..terkadang biasa2..itulah lumrah,itulah fitrah..Kadang2 kita tertanya2 kenapa ya?kenapa hati ini terasa sunyi sedangkan teman2 di sisi..terasa seperti sendirian..ambillah masa untuk merasa..merasa setiap kurniaanNya..
Monday, November 9, 2009
Kenali dirimu..
Mengenali diri sendiri tidaklah semudah yang disangkakan. Terlalu banyak onak dan duri terpaksa kita tempuhi. Bukan mudah untuk mengenali..Ramai yang mencari, namun apakah yang dicari?Adakah mencari diri terperi?Atau mencari diri berduri?
Perjalanan ini amatlah jauh. Jauh tapi dekat, dekat tapi jauh. Walaupun jauh, sekali kau melangkah janganlah kau mengalah. Langkah demi langkah, onak dan duri haruslah kau redah. Usahlah kau peduli cemuh dan fitnah.
Pantun org arif..
Pucuk paku ulam paku
paku datang dari seberang
cari Aku dalam Aku
Aku sembunyi dalam terang
Paku datang dari seberang
sampan pecah paku patah
Aku sembunyi dalam terang
Zat Allah Hakikat Allah
Perjalanan ini amatlah jauh. Jauh tapi dekat, dekat tapi jauh. Walaupun jauh, sekali kau melangkah janganlah kau mengalah. Langkah demi langkah, onak dan duri haruslah kau redah. Usahlah kau peduli cemuh dan fitnah.
Pantun org arif..
Pucuk paku ulam paku
paku datang dari seberang
cari Aku dalam Aku
Aku sembunyi dalam terang
Paku datang dari seberang
sampan pecah paku patah
Aku sembunyi dalam terang
Zat Allah Hakikat Allah
Sunday, November 8, 2009
Delima ori vs sintetik
Terdapat beberapa perbezaan antara delima original dgn delima buatan(sintetik).
Di sini sy uploadkan dua biji batu delima(original n sintetik). Antara kedua-dua batu tersebut terdapat beberapa perbezaan. Jika dilihat secara kasar batu yg bersaiz agak kecil sedikit tampak lebih menyerlah dari yg lagi satu. Namun delima yg bersaiz kecil tu sebenarnya delima sintetik(buatan).
Batu yg original biasanya tidakla secantik yg buatan. Batu yg original biasanya terdapat urat2 halus yg kelihatan berserabut di dlm batu manakala batu sintetik amat jernih di dlmnya sehingga nampak bersih seperti kaca. Namun terdapat juga batu original yg kelihatan seperti batu sintetik atau seperti kaca, namun harganya sudah pasti mencecah puluhan ribu.
Apabila dihadapkan ke arah cahaya, batu original (yg transparent) akan kelihatan bergewan dan gewan inilah yg akan membezakan antara batu original dgn batu sintetik. Ini kerana batu sintetik tdk bergewan. Ini kerana gewan itu terhasil daripada pantulan cahaya terhadap urat2 halus yg terdapat di dalam batu. Batu sintetik tdk mempunyai urat jd secara logiknya macamana nk ada gewan bila tdk ada urat2 batu di dalamnya..wallahuallam.
Subscribe to:
Posts (Atom)