Kata Arifbillah rezeki yg dtg adalah umpama air yg mengalir. Oleh itu binalah lorong2 supaya ianya mengalir melalui kita dgn baik dan tidak melimpah. Namun andai ia tdk mengalir melalui kita, jgn pula disekat air itu dari mengalir ke arah yg lain...Wallahuallam..
*Bersyukurlah dgn apa yg ada
SALAM UKHUWWAH
Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.
Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^
GenG
Labels
Saturday, February 6, 2010
Friday, February 5, 2010
Hanya perantara..
Kadang-kadang apa yg kita perolehi hari ini (wang ringgit) bukanlah seratus peratus milik kita. Mungkin sebahagiannya adalah hak orang lain cuma ia mengalir melalui kita. Oleh itu jgnlah kita terlalu angkuh mengatakan ianya milik kita seratus peratus. Kita hanya menumpang di bumi Allah ini. Bersyukurlah kerana ia dtg melalui kita dan bersedekahlah sebahagian dari apa yg kita perolehi semoga dgn bersedekah ia dpt menyucikan harta dan diri kita..Wallahuallam..
Wednesday, February 3, 2010
Putih..
Warna putih adalah warna kegemaran Rasulullah. Ramai yg mentafsirkan warna putih dgn pelbagai tafsiran yg menyenangkan.Warna putih melambangkan kebersihan, kesucian, ketenangan, kedamaian dll (mengikut tafsiran individu)..Sudah semestinya ramai yg menyukai warna putih. Ada juga yg mengaitkan warna ini dgn keadaan budi pekerti dan hati nurani manusia. Putih melambangkan kesucian hati, keikhlasan budi dan kemurnian peribadi. Bagaimana dgn kita?apakah warna bagi diri kita..Tdk cukup kiranya mulut berkata 'putih' sdgkan di dalam tdk seperti yg dilafazkan..Hanya Allah yg Maha Mengetahui..
Tuesday, February 2, 2010
Kerja kita..
Apa sebenarnya tugas kita di dunia ini?Setiap makhluk telah diberikan tugas oleh penciptanya. Dari sekecil-kecil makhluk hinggalah sebesar-besar makhuk telah Allah ciptakan dengan tanggungjawab masing2. Kita sebagai makhluk yg telah dijadikan sebaik-baiknya juga mempunyai tugas dan tanggungjawab. Bersesuaian dgn sebaik-baik ciptaan, maka tugas yg diberikan adalah setimpal dgn ciptaanNya. Koreksi diri dan renungkan kembali apakah tugasan kita sebagai hambaNya..wallahuallam..
Monday, February 1, 2010
Fikir2kan..
"Berfikir (ttg kematian) sesaat adalah lebih baik daripada beribadat (ibadat sunat) sepanjang malam"..itu antara pesanan seorang sahabat kpd ambo. Termenung sejenak memikirkan apakah maksud yg cuba disampaikan.
Sebenarnya apakah yg kita fikirkan?Adakah sekadar memikirkan ttg saat kematian yg pasti akan menjelma tnpa berbuat apa2?Atau memikirkan ttg bekalan yg bakal kita bawa?Atau memikirkan ttg amalan kita sepanjang hidup samada diterima Allah atau tidak?Atau memikirkan Siapakah yg akan membantu kita ketikamana Malaikat Maut menyoal kita di Alam Barzakh nanti?Atau memikirkan di manakah tempat kita samada Syurga atau Neraka?Atau memikirkan siapa yg bakal menerima wasiat peninggalan kita nanti?...Apa yg bermain di minda kita ketika terdengar ttg kematian?Bersama kita renungkan..Allahuakbar..
Sunday, January 31, 2010
Pergi tak kembali..
Kata arifbillah..bila hembus xleh tarik..bila tarik xleh hembus..sampailah ajal..Begitu mudahnya tiba saat kematian. Ia datang tanpa perlu diundang..Sudahkah kita bersedia untuk menyambutnya?
Bagi mereka yg soleh saat ini amat dinantikan namun bagi mereka yg sebaliknya saat ini amatlah ditakuti. Apa yg kita geruni ialah saat menghadapi sakaratulmaut..dan lebih mengerunkan lagi saat selepas itu..Bagaimanakah kehidupan kita selepas kematian..?apakah bekalan yg kita bawa..?Bersama kita renungkan..Wallahuallam..
Subscribe to:
Posts (Atom)