..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Saturday, December 3, 2011

Zaman Dah Berubah

Dunia semakin maju..zaman sudah berubah. Kalau zaman ambo belajar dulu mereka yg pakai handphone sudah semestinya mereka org berada kerana waktu itu handphone adalah satu kehendak bukan keperluan memandangkan harganya yg agk mahal. Zaman berubah lagi, harga handphone turun mendadak. Laptop satu masa dulu jarang-jarang kita jumpa sekarang ni boleh dpt secara percuma..ya zaman sudah berubah. Internet pn begitu. Kalau dulu nk pakai internet terpaksa cari CC@cybercafe, sekarang lepak-lepak kedai mamak pn dh dpt wifi. Sama juga dgn kamera khususnya DSLR. Beberapa tahun sebelum ni hanya mereka yg 'berduit' shj akan memiliki kamera jenis ni tapi sekarang budak sekolah menengah pn dh ada yg pakai, siap buat bisnes lg. Zaman sememangnya berubah. Zaman akan berubah tetapi naluri manusia tetap sama..Adakah sama perasaan sedih kita sewaktu kita kecil dgn perasaan sedih kita sekarang?penyebab rasa sedih memang berbeza namun adakah perasaan sedih itu berbeza?cuba kita renungkan..

Close-up l Macro l New Diffuser

Ini diffuser terbaru ambo..balik kampung takkan nak bawak balik diffuser kot, oleh itu ambo buat sebijik untuk stok di kampung. Idea ni dtg secara sepontan dan ambo telah membuat sedikit perubahan(inovasi la kononnya)...hehe

Pandangan sisi..macam cengkerang kura-kura..macam topi baseball pn ada..

Pada bahagian depan ambo alaskan dgn kertas A4 utk melembutkan lagi cahaya
Bahagian dalam dialas dgn aluminium foil utk memantulkan cahaya. Kepingan kertas di tengah-tengah tu adalah reflector utk memantulkan cahaya ke bahagian atas(mcm lampu kereta@motosikal). Terdapat dua laluan cahaya, satu pada bahagian atas dan satu lagi pada bahagian bawah. cahaya bahagian atas akan memantul ke permukaan atas polistrin dan tersebar ke depan manakala lorong bahagian bawah akan membawa cahaya terus ke permukaan kertas A4.
Yg ni hasil dari diffuser kat atas..

M 1/200  f18  iso200



Friday, December 2, 2011

Amal

Beramal biarlah dgn ilmu jgn main hentam sesuka hati takut nanti sendiri yg rugi..nak ilmu kenalah menuntut sebelum jiwa tambah kusut..nak menuntut perlunya kepada guru takut nanti sesat tak menentu..dan pastikan guru itu guru mursyid..bukan apa takut nanti terkena dgn guru yg hanya mengambil kesempatan bukan yg mengajar kita mengenal Tuhan..


Close-up l Macro l Belakang Rumah l Night macro: Dragonfly

Sebelah tangan pegang lampu suluh dan lagi sebelah pegang kamera sambil membidik sasaran..menggigil rasanya kelenguhan..agak sukar bermakro diwaktu malam namun puas hati..serangga tidak aktif diwaktu malam jd lebih senang utk didekati..tapi pastikan dahulu lokasi selamat serta bebas dari serangga berbisa..takut nanti ada yg makan nasi tawar dekat hospital..^^)

Exif:
d90+sp90+ext tube+pinggan polistrin+lampu suluh
M 1/200
f16
iso400
WB Auto










Thursday, December 1, 2011

Ikhlas..

Ikhlas..buat sesuatu tanpa mengharapkan ganjaran..bukankah itu adalah suruhan Tuhan..bukankah itu adalah tuntutan??..

" وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدّين.."

*tepuk dada tanya selera..

Close-up l Macro l Belakang Rumah l Ladybird

Kenapa org panggil dia Ladybird?sedangkan ianya adalah seekor kumbang..Lady+bird..bunyi mcm burung betina..sudahlah namanya mcmtu, nk bezakan nama utk jantan@ betina mcmana pulak gamaknya..pakat-pakat pikirlah ye kalau dah jumpa jwpn mintak-mintak share..hehee

Exif:
Nikon d90+sp90+Ext tube+Diffuser
M 1/160
f16
iso320
WB Auto












Monday, November 28, 2011

Close-up l Macro l Belakang rumah l Nyamuk

Musim hujan kini tiba lagi. Beberapa negeri khususnya negeri-negeri di bahagian Pantai Timur sudah semestinya merasai bahangnya. Beberapa hari ni cuaca agak cerah cuma sesekali hujan turun membasahi bumi. Ambo di Bachok mengalami satu masalah iaitu nyamuk. Asal hujan mesti makhluk ni akan memenuhi ruang rumah. Mungkin mereka tumpang berteduh kot. Ambo tak kisah sangat cuma kesian dekat budak kecik (anak ambo). Asal bangun dari tidur mesti ada kesan gigitan nyamuk. Sheildltox ke fumakilla ke semuanya tidak memberikan kesan. Apa boleh buat Chobaannnnn....