..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Saturday, August 20, 2011

Close-up l Macro l Belakang rumah

Mangsa...akhirnya kau tewas jua..Lynx spider dlm genggaman wasp..inilah keadaan bilamana si pemangsa pula yg menjadi mangsa..kitaran alam yg harus ditelan..

Exif:
d90+sp90+pinggan polistrin
M 1/200
f32
iso200


Moment

Dalam menghasilkan satu-satu gambar yg cantik dan menarik terdapat pelbagai kaedah. Antara pra syarat utk menghasilkan gambar yg 'cun' adalah seperti Rol of 3rd, DoF, Compo..etc.(bnyk sngt xlarat sebut). Namun terdapat satu perkara bilamana ianya wujud maka segala kaedah dan syarat-syarat yg lain itu akan terhapus. Mungkin ramai yg sudah sedia maklum..ya ianya dipanggil "Moment"..moment adalah satu perkara yg penting dalam fotografi. Boleh juga dikatakan terpenting dalam menghasilkan gambar yg baik(baik dr sudut nilai seni)..cuba anda lihat dan perhatikan gambar-gambar yg dijual dgn harga yg mahal, apakah yg dinilai?adakah gambar itu cantik dari sudut tonenya?lokasinya?..sudah semestinya nilai sesuatu gambar itu terletak pada benda yg kita panggil "MOMENT"..ramai org boleh menghasilkan gambar yg cantik namun jrg org akan berpeluang mendapat moment yg terbaik..^^

*Sekadar pandangan ringkas dari ambo berdasarkan sedikit pemerhatian..andai ada kesilapan mintak perbetulkan..*_^)..

Sekadar hiasan..gambar ni mungkin tidak 100% kena dgn tajuk posting..^^)

Friday, August 19, 2011

Birding l Kingfisher

Sampai je depan rumah ternampak beberapa ekor burung duk bertenggek dekat atas wayar eletrik..ambo terus naik ke rumah mengambil 'senapang' tak berlesen dan tembak mana-mana burung yg tdk sempat melarikan diri..hehe..hasilnya Kingfisher(blue) atau nama saintifiknya Alcedo Atthis..juga dikenali dgn nama River Kingfisher@Eurasian KingfisherBila sebut kingfisher teringat nama satu tempat di kawasan K.Kinabalu..Kingfisher..pernah menjadi tempat lepak main snooker zaman muda-muda dulu..*_^). Kingfisher atau juga dikenali dgn nama burung raja udang..

Exif:
D90+Tamron 70-300 non vc
M 1/1000
f8
iso400






Wednesday, August 17, 2011

Banggi Island l Ray of Light

Gambar ini ambo perolehi secara kebetulan p jalan- ke rumah sifu Nur Azrin Abdullah..dirakam menggunakan Canon 500D + 15-85mm..
Selamat berbuka kepada semua ummat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh alam amnya..*_^)




Close-up l Macro Banggi Island l Weevil

Testing Extension Tube milik membe..memang puas hati..oleh kerana termakan "racun" dari kwn2 jd ambo telah membuat keputusan utk turut memiliki extension tube ni..buat masa sekarang pinjam kwn punya dlula utk melepaskan gian..hehe..dengan adanya ET ni maka kuranglah sikit kaedah crop dalam CS4..(*_^)

*Pertama kali try ET ni gmbr memang kabur..walaupn dapat zoom n besarkan imej tapi sedikit sukar utk fokus..maklumla masih baru belajar..^^)

Exif:
Canon 500D+Tamron sp90+Meike ET+pinggan polistrin
M 1/100
f11
iso400






Tuesday, August 16, 2011

Close-up l Macro l Banggi Island l Lebah



Lebah merupakan sejenis serangga yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang.
Apabila bercakap mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau kumpulan-kumpulan lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni menjalani kehidupan seperti lebah tunggal, membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain untuk meningkatkan jumlah besar keturunan di sarang.
Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada bumbung rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga.


Dalam sesuatu kelompok, lebah dapat dibahagikan kepada tiga kasta, iaitu:
  • lebah ratu: lebah betina boleh bertelur
  • lebah pekerja: lebah betina tidak boleh bertelur
  • lebah jantan.
Setiap jenis lebah mempunyai tugas masing-masing.
Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat. Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat lebah ratu ialah 3 tahun.
Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih.
Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik sahaja selepas mengawan.
Exif:
D90+sp90+pinggan polistrin
M 1/125
f32
iso400
CS4 (reduce noise+Brightness n contrast)




Gambar selepas di'crop' menggunakan CS4



Sunday, August 14, 2011

M. Nasir - Hijab Kekasih

Layan dulu Hijab kekasih dr M.Nasir/ Seth(Loloq)..penuh pengertian..semoga dapat dihayati bersama..^^




Hijab Kekasih 

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi kan ku kirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun ku tahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih ku kenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang ku puja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu




Close-up l Macro l Banggi Island l Dragonfly

Sekadar meng'upload' gambar lama sebelum ianya basi dlm folder..hehee~~..Spesis dragonfly..kadang-kadang makhluk ni agak payah utk didekati namun utk mendapatkan gambar spesis ni tdklah terlalu susah cuma perlu sedikit kesabaran dan ketekunan terutama utk mendapatkan fokus yg tepat(bahagian mata)..kita akan tambah seronok serta puas bila dapat fokus bahagian matanya..Walaupn mata pepatung ni besar tapi tdk terlalu mudah utk dapatkan fokus yg tepat..^^


*Tip: Antara waktu yg sesuai utk mendekati spesis ini ialah pada waktu tghari..lagi molek waktu panas terik kerana makhluk ini menjadi tdk terlalu aktif n mudah utk didekati..(mungkin kepenatan dek cuaca panas..^^)





fokus sedikit lari pada bahagian mata..^^