..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Saturday, February 20, 2010

Jangan kesal..

"Jgn disesali segala pengalaman pahit yg kita lalui kerana ia juga satu ilmu, wadah dan panduan dlm perjalanan mencari keredhaanNya"..

Setiap apa yg kita lalui dan tempuhi akan membawa seribu makna dan manafaat kpd kita walaupn pengalaman itu pahit atau menyusahkan. Segala pengalaman inilah yg akan membantu dan memandu kita dalam melalui hari2 yg mendatang...Ambillah masa utk mengecapi sedikit rasa..

Friday, February 19, 2010

Ambil manafaat..

Ramai di khalayak kita hari ini bercakap amat petah, lancar pula bila berhujah..Pantang bercakap memang xnak kalah sampai kadang2 sanggup berbalah..Begitulah fenomena segelintir masyarakat kita pada hari ini. Ambo akui ambo bknlah seorang yg layak utk berbicara hal yg sebegini namun sekadar perkongsian bersama. Pesan Saidina Ali Karamallahuwajhah.."Lihatlah kpd apa yg dikata dan jgn melihat kpd siapa yg berkata"..Walaupn setinggi mana kita belajar jgn pula kita lupa ada yg lebih tinggi dr kita. Setiap apa yg org lain ckp mungkin juga ada manafaatnya walaupn org yg bercakap itu hanyalah seorg kanak2 atau seorg peminta sedekah. Ilmu Allah ni luas dan jln mencari ilmuNya juga tdk terbatas...tdk salah andainya kita luangkan masa mengambil rasa walau hanya seketika..Wallahuallam..

Thursday, February 18, 2010

Guru..

Kata org selain dr 'guru pembimbing', pengalaman hidup adalah antara guru kita. Secara peribadi ambo bersetuju dgn pendapat tersebut. Pengalaman itulah yg mendidik kita dan mengajar kita erti sebuah kehidupan. Pengalaman itulah yg mengenalkan kita kpd manis dan masam. Pengalaman itulah yg menyedarkan kita yg mana putih yg mana hitam. Pengalaman itu jualah yg membimbing kita dlm perjalanan. Namun kata org lg, guru yg terbaik adalah diri kita sendiri..Wallahuallam..

Melatah..

Melatah biasanya bermula dgn kebiasaan dan lama kelamaan menjadi satu tabiat. Bkn sahaja org yg sudah lanjut usia namun yg muda remaja pn boleh terikut2 dgn budaya melatah andai sudah terbiasa. Bermula dgn 'opocot' hinggalah terkeluar perkataan2 yg tdk enak didengar. Apa yg boleh disimpulkan disini, melatah ini hanyalah satu kebiasaan dan bukanlah satu fenomena penyakit keturunan. Kalau nak melatah pn biarlah terkeluar perkataan yg baik2..lagi bagus yg keluar tu puji-pujian pd Pencipta..semoga ianya terus meresap ke dlm jiwa kita..