..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Wednesday, January 27, 2010

Diam..

Kata arif billah diam adalah lebih baik dari banyak berkata-kata..lebih-lebih lagi berkata-kata ttg perkara yg tdk berfaedah. Dengan mendiamkan diri akan dapat mengelakkan banyak perkara yg melalaikan. Lagipn dengan banyak mendengar maka akan banyak manafaat yg kita perolehi. Pesan Arif Billah lagi.."pertapaan yg paling hebat ialah bertapa lidah di dalam mulut"..Semoga kita dapat mempraktikkan perkara ini dlm kehidupan seharian..Subhanallah..

Tuesday, January 26, 2010

Wang..

Pesan hamba Allah.."Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan, namun banyak perkara yg memerlukan wang. Hiduplah atas Qada' dan Qadar yg telah Allah tetapkan dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tetipu". Segala yg berlaku adalah dalam lingkungan ketetapan Allah Taala, kita sebagai hamba hendaklah menerima segala ketentuanNya. Hanya dengan bersyukur dan redha maka hidup kita akan senang dan hati kita akan tenang..Tanpa rasa syukur hidup kita akan sentiasa dirundum resah dan gelisah walaupn zahirnya harta yg dikumpul melimpah ruah. Ketenangan dan kedamaian tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, ia hanya pemberian dari Khaliq..Subhanallah..

Sunday, January 24, 2010

Memberi kpd yg meminta

"Tangan yg di atas adalah lebih baik dari tangan yg di bawah"..Dlm erti kata lain memberi adalah lebih baik dr meminta..Ramai antara kita sudah sedia maklum akan hal ini. Oleh itu berilah kepada yang meminta dan usahlah ditanya apakah tujuan permintaannya itu. Ini kerana yg menilainya adalah 'Dia'. Andai disalahgunakan pemberian itu maka itu adalah urusannya dgn Allah. Semoga setiap apa yg kita sedekahkan akan memberi manafaat dan pelindung kpd kita di Akhirat kelak..Wallahuallam..