..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Saturday, March 13, 2010

Silih berganti..

Adakala kita rasa gembira..Adakala kita rasa kecewa..Ada masa kita rasa bahagia..Ada masa kita rasa duka..Perasaan saling silih berganti..Ada yg kita suka namun ada juga yg kita tdk suka..Kenapa semua ini berlaku?Semua orang inginkan kebahagiaan dan mengharapkan kebahagiaan itu berpanjangan, namun selalunya tdk begitu..Dalam keasyikan melayari bahtera kegembiraan sang kecewa bila2 masa shj akan bertandang..Semua tahu siapa yg berhak menentukan semua itu..Persoalannya mengapa?Apakah sebabnya?

Friday, March 12, 2010

Kosong

Kadang2 fikiran kita kosong..terasa buntu dan kehilangan idea..untuk memikirkan sesuatu terasa agak sukar..itulah lumrah kehidupan..kadang2 idea dan ilham datang mencurah-curah hingga tdk dapat dibendung..kadang2 fikiran jd kosong..ambillah masa untuk mengecapi sedikit rasa..renungkan seketika siapa kita..hanyalah insan yg mengikut perintahNya..

Kedapatan..


Kelmarin telah berlaku satu peristiwa yg agak melucukan di sekolah ambo. Sepucuk surat cinta tlh ditemui. Surat tersebut dipercayai ditulis oleh salah seorang pengawas sekolah (perempuan) yg ditujukan kpd seorang pelajar lelaki..Ambo nk tergelak bila membaca surat tersebut..siap berpantun lg..



Sepucuk surat ku tulis...
Menyatakan harapan,
Walaupun ku kebimbangan,
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan...

Boleh tahan pantunnya..nampaknya pengaruh luar lebih memberi kesan kpd minda para pelajar..tugas pendidik pula semakin mencabar..guru2 terpaksa memperbanyakkan bersabar..

Wednesday, March 10, 2010


Sekukuh manakah jambatan kita utk ke seberang sana..?

Tuesday, March 9, 2010

Menilai..

Dlm kehidupan ini kita akan menempuhi bermacam jenis ujian dan penilaian. Kita sebagai hamba tdk akn terlepas dari diuji dan dinilai oleh Pencipta. Kerana ia bertujuan menguji sejauh manakah kesetiaan kita kpdNya. Usahlah kita pulak yg nak jd penilai bg org lain. Tdk perlulah kita menyusahkan diri utk menilai kerja buat org lain sedangkan kerja buat sendiri pn masih terabur. Cukuplah kita menilai kerja buat kita dan memperbaiki kekurangan yg ada kerana itulah yg lebih baik..wallahuallam..

Monday, March 8, 2010

Merancang..

Hidup perlu ada perancangan. Tp dlm merancang kehidupan jgn pula kita terlalu leka hinggakan terlupa menyukat perancangan itu dgn kemampuan sendiri. Merancang biarlah berpada2. Sukat dan ukurlah kemampuan diri agar keduanya sejajar. Jgnlah merasakan diri terlalu bijak hinggakan kita lupa bahawa perancangan Allah adalah jauh lebih baik dan lebih sempurna..dlm merancang letaklah penyerahan kpd yg Haq..hakikatnya segala yg baik mahupn yg buruk dtg dariNya..

*kita manusia miskin, hina, fakir & daif..

Sunday, March 7, 2010

Terbuka..

Dalam mencari sesuatu yg terbaik kita haruslah berfikiran terbuka dan bersedia menerima apa jua teguran mahupun kritikan. Ini kerana segala jenis teguran dan kritikan itu adalah salah satu bentuk ajaran dan didikan kepada kita. Seeloknya terimalah dengan hati yg terbuka. Segalanya dtg daripada Dia yg Maha Berhak lagi Maha Bijaksana..Wallahuallam..