SALAM UKHUWWAH
Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.
Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^
GenG
Labels
Sunday, December 26, 2010
Kerisauan
Tahukah kita bila ajal bakal tiba?Tahukah kita bila Malaikat Maut dtg menjelma?Tidak ada siapa yg tahu melainkan Dia yg mencipta segala. Sudah sediakah kita menempuhi kehidupan yg kekal abadi?Sudah cukupkah kita mengumpul amal dan bakti???Sudah sediakah kita menjawab soalan Rabbul Izzati?
*Tepuklah dada tanyalah hati..cakap org usah dipeduli cukuplah kita fikirkan sendiri..
Thursday, December 23, 2010
Ladybird..
Halwa mata..
Ambo pn tak tahu kenapa ianya dipanggil "Ladybird"..mngkin nmpk mcm burung betina kot..
Ambo pn tak tahu kenapa ianya dipanggil "Ladybird"..mngkin nmpk mcm burung betina kot..
Wednesday, December 22, 2010
Slow Shutter
Ni first time ambo test kaedah SS (slow shutter) kt air terjun..tanpa menggunakan apa2 filter..nasib agak baik kerana cuaca agak mendung (musim hujan), lgpn ambo terpaksa menggunakan lens tele-photo 70-300mm..mesti anda dpt bayangkan betapa sulitnya mengambil gambar landscape menggunakan lens tele-photo@zoom..seadanya..(^^)
Friday, December 17, 2010
Suci..
Setiap manusia dilahirkan suci dan bersih..menjadi tanggungjawab ibu dan bapa utk mencorak ank2 mereka..semoga menjadi insan yg berguna yg sejuk di mata damai di hati..aminn..
Wednesday, December 15, 2010
Thursday, July 15, 2010
Risaunya..
Kenapa kita risau memikirkan kehidupan orang lain?Mengapa kita pening memikirkan perancangan hidup org lain?Ada baiknya kita fikirkan tentang diri dan keluarga kita daripada sibuk memikirkan hidup orang lain..Kehidupan masing2 biarlah masing2 uruskan sendiri..Setiap orang ada perancangan mereka sendiri..Cukuplah kita dengan kehidupan kita dan keluarga kita..Selamatkanlah diri kita dan ahli keluarga kita sebelum kita fikir utk menyelamatkan orang lain..Wallahuallam..
Thursday, July 8, 2010
Mengadu..
Ada seorang rakan meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kepada ambo ttg segelintir mereka yg bertitle 'ustaz'. "Pakai kopiah bkn main tp mulut ya Allah tak terfikir dek akal. Mengumpat mencaci dh serasi, menghina mengena dh jd biasa..". Ambo pn agak terkejut tak terkata dgn luahan hati rakan tersebut. Tegur menegur amatlah digalakkan demi utk kebaikan sesama kita, namun yg menjadi masalahnya ada mereka2 yg suka menegur dari belakang dgn erti kata lain mengumpat. Sedar ataupn tidak dlm keasyikan mengutuk dan mengata org sebenarnya kita sedang menzahirkan keburukan diri kita sendiri..?!!Apatah lg tukang yg mengutuk mengata tu adalah org yg dilihat 'alim' dan 'warak'.
Usahlah kita mengumpat mengata,
Ingatlah sikit kopiah kt kepala,
Amal sendiri xberapa nk ada,
Jgnla pulak menambah dosa..
*Pesan org lama, 'lebih baik mengumpul kawan dari mengumpul lawan..'
Wednesday, July 7, 2010
Waktu rehat..
Inilah aktiviti bdk2 tahun 1 sekolah ambo tatkala tibanya waktu rehat..menangkap belalang..sblm ni waktu rehat diorang sibuk berebut RMT (rancangn makanan tambahan), tp RMT telah diberhentikan buat sementara waktu..jd utk mengisi masa terluang inilah aktiviti yg diorg lakukan..macam2la bdk2 ni..
Sunday, July 4, 2010
Zuhud..?
Apa yg kita faham ttg zuhud?Adakah dikira zuhud bilamana kita memakai pakaian yg ala kadar dan lusuh sedangkan kita mampu membeli pakain yg baru..?Adakah dikira zuhud bilamana kita hanya menaiki motosikal sedangkan kita mampu memiliki sebuah mercedes..?Adakah dikira zuhud bilamana kita hanya tinggal di rumah kecil sedangkan kita mampu membina rumah yg lebih besar..?Kata arifbillah, zuhud bkn bererti tdk berharta namun tdk terikat dgn harta..sama2 kita renungkan..
Saturday, July 3, 2010
3 hari
Hidup ini ibarat ada 3 hari sahaja..Semalam adalah kenangan..Hari ini adalah pengalaman..dan esok hanya menanti jawapan..Yg pasti setiap hari2 yg kita lalui adalah satu pengalaman yg berbeza..Maha Hebatnya Dia..
Wednesday, June 30, 2010
Biar..
Kata orang biar 'bodoh' asalkan mahu belajar..biar kabur asalkan mahu mencari..biar dimarah kerana mahu belajar jgn dimarah kerana KURANG AJAR..
Sunday, June 27, 2010
Rasa-rasa..
'Awal agama mengenal Allah'..'Siapa yg mengenal dirinya maka dia akan mengenal Rabnya'..jd utk mengenal Rabnya maka perlulah mengenal dirinya..hari ini ramai yg berbicara soal mengenal diri..apakah yg dimaksudkan dgn mengenal diri?Bagaimana ingin mengenal diri?Mengenal bkn hanya dgn berkata-kata dlm bual bicara..ia juga perlu dgn MERASA..Tp yg pasti bkn dgn main rasa-rasa..
*Main rasa-rasa silap2 kita yg rosak binasa..
Wednesday, June 23, 2010
Macam-macam
Tuesday, June 22, 2010
sederhana
Hidup ini cukuplah bersederhana..Soal akhirat juga soal dunia..Fizikal dan jiwa perlulah dijaga..Semoga hati sentiasa ingat padaNya..
Saturday, June 12, 2010
Lepak2..
Cuti sekolah ni tdk banyak aktiviti yg dpt dirancang memandangkan cuti tdk panjang sangat. Waktu terluang ambo lepak2 dgn kwn2. Beberapa mlm lepas ambo lepak disebuah kedai makan. Beberapa topik menarik dikeluarkan dan yg paling menarik hati ambo topik berkenaan peri pentingnya menghormati ibubapa. Pesan seorang senior ..Walau harta setinggi gunung namun andai diri tdk pandai menghormati n menghargai jasa ibubapa nescaya hidup takkan pernah senang n jiwa takkan pernah tenang...
*'Syurga di bawah telapak kaki ibu'..
Wednesday, June 9, 2010
Masing-masing..
Pilihan masing2...Jalan hidup masing2...Pengalaman masing2...Bak kata org, perjalanan yg kita lalui itulah pengalaman yg kita dpt n itulah ilmu yg kita perolehi...Bersyukurlah atas segala ketentuanNya kerana itulah yg terbaik..Utk apa kita berasa cemburu dgn kelebihan org lain..Dia lebih tahu mana yg terbaik utk kita..Dia lebih tahu mana yg layak utk kita...Kata tdk semudah kota..
Monday, May 31, 2010
Siapalah kita..
Siapalah kita utk menentukn sesuatu mengikut kehendak kita..Hanya Dia yg berhak..segalanya kembali padaNya..kita merancang, Dia juga merancang..Sesungguhnya Dia jualah sebaik2 perancang..Astagfirullah..Terima seadanya setiap ketetapan adalah jln yg terbaik..Semoga hati ini akan tenang..
Saturday, May 22, 2010
Longkang..
Apa termenung..Apa direnung?Apa difikir?Apa yg terfikir?Apa yg terlintas difikiran?Renung..Fikir..Faham?Apa yg faham?Betul ke dh faham?Atau sekadar buat2 faham?Betul ke apa yg difahami?Jgn tersilap lorong nnti tak pasal2 terjun gaung..
Wednesday, May 19, 2010
Pandang..
Apa kau pandang?Mana kau pandang?Siapa yg kau pandang?Kenapa kau pandang?Pandanglah..Lihatlah..Apa yg kau nampak???
Saturday, May 15, 2010
Kenapa mesti laju..??
Kadang2 ambo terfikir..Waktu solat (Isyak & Magrib), rakaat pertama dan kedua imam membaca Al-Fatihah dgn penuh irama yg syahdu dan penuh tertib. Apabila masuk rakaat seterusnya imam membaca dgn suara perlahan..Apa yg ambo fikirkan kenapa dlm rakat ketiga tu imam baca fatihah dgn laju n kadang2 terlalu laju hinggakn makmun belum sempat habis mmbaca Fatihah imam dah rukuk..kadang2 tu makmum belum lagi habis baca Fatihah imam dh sujud..Salah makmumkah yg baca Fatihah terlalu perlahan ataupn imam tu yg laju sangat sampai tercungap2 makmun mempercepatkn bacaan?Mestikah imam membaca Fatihah dgn laju pd rakaat ketiga keempat?Alangkah bagus kiranya imam mmbaca Fatihah secara perlahan sepertimana dibaca pd rakaat pertama n kedua..
Saturday, May 1, 2010
Hok Dia blako..
Makin banyak yg kita belajar makin banyak yg kita tdk tahu..Betapa luasnya ilmu Allah Taala...Makin jauh kita berjalan makin bertambahlah pengalaman..Segalanya pemberian Tuhan..Makin dalam kita selami makin jelas kita fahami..Kefahaman itu pn hak milik 'Dia'...lu fikirla sendiri..(kata Nabil raja lawak)..
Wednesday, April 28, 2010
Belajar..
Belajar dari kesilapan..Satu ungkapan yg biasa kita dengar. We learn from our mistakes. Belajar utk memperbetulkan kesilapan agar ianya tdk berulang. Kalaupn kesilapan itu mungkin berulang namun sekurang2nya kita sudah mencuba. Ramai mereka yg berjaya pd hari ini belajar dr kesilapan dan kegagalan yg lampau. Inilah yg dikatakan belajar dari pengalaman sendiri. Di samping kita belajar dr pengalaman sendiri, jgn pula lupa utk mengutip pengalaman org lain, agar perjalan ini menjadi lebih mudah dan bermakna.
*belajar dari kesilapan bukan belajar utk membuat silap..
Friday, April 23, 2010
Mencari bukti..
Mencari bukti kekuasaan Ilahi bknlah mudah..Walaupn buktinya ada di depan mata namun ramai yg tak nampak..ramai yg masih tercari-cari. Nampak mudah tetapi akan menjadi susah andai kita tdk mahu memahaminya. Kadangkala perasaan kita terlalu ego..merasakan diri sudah berada di landasan yg betul.. Persoalannya adakah kita memang berada di landasan yg betul?Atau kita memang perlu diperbetul..
Thursday, April 22, 2010
Renung sejenak..
Bersyukurlah dgn apa yg ada..Andai kita kaya maka lihatlah kpd yg miskin..Andai kita miskin maka pandanglah kpd yg papa..Andai kita papa maka renunglah mereka yg cacat dan tdk berdaya..Bkn senang utk melahirkan rasa syukur dlm hati..Lahirnya kesyukuran hasil dari redha kpd segala ketentuanNya..
Tuesday, April 20, 2010
Lorong2..
Lorong2 ke Syurga dipenuhi dgn 'Makarih' iaitu kebencian manakala lorong2 ke Neraka dipenuhi keseronokan..Benarkah?Ya memang benar..Apa yg penulis cuba gambarkan di sini ialah lorong2 @ jln menuju kebahgiaan akan dipenuhi dgn perkara yg pahit dan sulit yg bertentangan dgn hawa nafsu manakala jln kehancuran akan sentiasa dipenuhi dgn keseronokan dan kenikmatan (nikmat yg sementara dan melalaikan). Kenapa begitu?Ini menggambarkan betapa Syurga Allah itu amat mahal harganya dan bukan senang utk mengecapinya. Hanya mereka yg sabar dan tabah shj layak menikmatinya..Bersama kita renungkan..Astagfirullah..
Saturday, April 17, 2010
Ilmu..
Luasnya ilmu Allah hingga tdk terjangkau dek akal. Andai seluruh air laut dijadikan dakwat dan semua batang2 pokok dijadikan pena utk menulis ilmu Allah nescaya masih belum mencukupi utk menulisnya..Ilmu yg Allah berikan kpd kita di dunia ini hanyalah ibarat setitis air dari lautan yg luas. Ilmu Allah tdk terbatas..Kebesaran Allah ada tercoret di mana-mana.. Subhanallah..Betapa Agungnya Diri Mu ya Rabbi..
Koleksi 2010
Penantian berakhir jua..Jutaan terima kasih Cikgu Nasir..
Batu : Delima
Ikatan : Perak Pahat Bunga Jawa Kuku Suasa Lilit Berlian
Ditempah melalui : Cikgu Nasir (cikgunasir.blogspot.com)
Batu : Delima
Ikatan : Perak Pahat Bunga Jawa Kuku Suasa Lilit Berlian
Ditempah melalui : Cikgu Nasir (cikgunasir.blogspot.com)
Tuesday, April 13, 2010
Rezeki masing2..
Ada org kaya..Ada yg sederhana..Ada jgk yg miskin..Rezeki masing2..Itulah lumrah dunia..Allah dah tetapkan rezeki kpd setiap hamba2Nya mengikut kadar masing2..Ramai org kita ingin hidup mewah dan bergaya..Itu terpulang kpd diri masing2..Dlm kita mengejar kesenangan dunia jgn kita lupa mencari kesenangan akhirat kerana di sanalah kesudahan cerita kita..Kaya harta tp miskin jiwa pn tidak ada gunanya..Bak kata org 'biar miskin harta jgn miskin jiwa'..Syukurlah dgn apa yg ada semoga jiwa kita tenang sentiasa..
Subscribe to:
Posts (Atom)




