..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Thursday, December 3, 2009

Ilmu Dunia vs Ilmu Akhirat

Kali ini ambo ingin mengajak pembaca merenung sejenak..Bila kita brcerita tentang ilmu maka banyak perkara yg akan dihubungkaitkan. Ini kerana konsep ilmu dalam Islam itu pelbagai dan skopnya terlalu luas. Persoalannya apakah perbezaan antara ilmu duniawi dan juga ilmu ukhrawi?
Menurut sesetengah pendapat menyatakan ilmu duniawi ini meliputi ilmu2 keduniaan termasuklah ilmu matematik, sains, sejarah, dan pelbagai lagi. manakala ilmu ukhrawi ini diklasifikasikan sebagai ilmu yg berkaitan dgn agama(Islam). Contoh ilmu ukhrawi adalah spt ilmu fekah, tafsir, usuluddin dll.
Bagaimana pendapat anda?kenapa mereka berpendapat sebegitu?kenapa wujudnya pembahagian seperti ini?
Menurut seorang hamba Allah, wujudnya pembahagian ini merupakan salah satu agenda Yahudi laknatullah untuk memutarbelitkan fahaman ummat Islam mengenai konsep ilmu. Menurut beliau lg, dlm Islam tdk wujud pembahagian antara ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Ini kerana segala ilmu adalah milik Allah SWT. Semua yg kita pelajari di dunia ini akan dibawa ke akhirat dan akan dihisab jua. Semua ilmu sekiranya dipelajari ikhlas kerana Allah maka akan mendapat balasan yg baik. Semua ilmu yg bermanafaat akan menjadi penyelamat kpd kita kelak. Jd mengapa harus wujud perbezaan antara ilmu dunia dan juga ilmu akhirat?..Wallahuallam..

No comments:

Post a Comment