Kita hidup di dunia ini bukanlah berseorangan. Kita hidup bermasyarakat. Oleh itu sudah pasti tidak akan terlepas dari berurusan dgn org lain. Sikap saling hormat-menghormati sesama insan amatlah perlu bahkan menjadi kewajipan kita. Kita bukan sahaja perlu menghormati insan sesama agama bahkan Islam mengajar kita supaya menghormati semua makhluk ciptaan Allah. Pesan hamba Allah, andai kita menghormati org lain insyaAllah org lain juga akan menghormati kita. Andai kita tidak menghormati org lain maka jgn salahkan sesiapa sekiranya org tidak menghormati kita..wallahuallam..
*hormati dan sayangilah diri sendiri semoga kita akan dihormati dan disayangi..
SALAM UKHUWWAH
Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu." (an-Nisa 86)
ReplyDelete"Jika orang merendahkan diri kepada kamu, hendaklah kamu merendahkan diri kamu pada mereka. Tetapi apabila kamu melihat orang yyg takbur, hendaklah kamu takbur atas mereka" (al-hadith)
Sama makna dengan kata orang tasauf "Bila org perendah diri dia kpd kita, hendaklah kita perendahkan lagi diri kita kpd dia..."
Benar tuan..terima kasih..
ReplyDelete