..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Wednesday, February 3, 2010

Putih..

Warna putih adalah warna kegemaran Rasulullah. Ramai yg mentafsirkan warna putih dgn pelbagai tafsiran yg menyenangkan.Warna putih melambangkan kebersihan, kesucian, ketenangan, kedamaian dll (mengikut tafsiran individu)..Sudah semestinya ramai yg menyukai warna putih. Ada juga yg mengaitkan warna ini dgn keadaan budi pekerti dan hati nurani manusia. Putih melambangkan kesucian hati, keikhlasan budi dan kemurnian peribadi. Bagaimana dgn kita?apakah warna bagi diri kita..Tdk cukup kiranya mulut berkata 'putih' sdgkan di dalam tdk seperti yg dilafazkan..Hanya Allah yg Maha Mengetahui..

2 comments:

  1. "warna bendera Rasulullah SAW ada 7...Sahabat 4 juga mempunyai lambang warna masing2..."

    Tentang warna, berjilid2 kitab telah dikarang oleh manusia hanya mengupas tentang WARNA dari pelbagai segi...

    Rambut sama hitam, tetapi hati manusia hanya Allah sahaja yang tahu...menghukum 'hitam' keadaan HATI manusia yang 'putih', 'silap haribulan' hati penghukum boleh terbalik menjadi lebih teruk daripada apa yg dihukum...paling tidak tingkat kerohanian boleh jatuh tanpa disedari dengan sangkaan2 & hukuman2 tadi..

    Allah tidak nilai pada rupa & warna fizikal manusia, tetapi Dia pandang pada HATI...

    "PUTIH"...ada pelbagai jenis 'putih'. Yg betul2 'putih' belum tentu ada 1 dalam 1000. 'Putih' pada pandangan orang ini berbeza dengan 'putih' pada pandangan orang itu...pada pandangan sesetengah orang sudah di'sah/lulus' tetapi pada pandangan sesetengah orang lain pula masih 'belum diterima/lulus'...siapakah berasa layak untuk sanggup jadi pengadil yang paling adil?

    Masa lahir dalam fitrah 'putih bersih'....kemudian semakin membesar semakin jadi kelabu semakin hitam...kemudian ada yang 'tahu dan kenal' lalu berusaha membersihkannya, 'kena cara' lalu hilanglah ia sedikit demi sedikit...beruntunglah sesiapa yg berusaha membersihkan diri sentiasa...(kata orang tasauf) hingga diminta supaya sampai kepada fitrah 'putih bersih' seperti bayi baru lahir dalam kehidupan sehari2...semoga dengan rahmat-Nya, dikala kita dibungkus dengan 'kain putih', kita tetap didalam keadaan 'putih bersih' pada pandangan-Nya.

    "Ya Allah Ya Tuhanku, masukkanlah Iman dalam hatiku, tegujkanlah Imanku, tetapkanlah Iman dalam hatiku, dan matikanlah daku dalam Iman dan Islam...masukkanlah kami dalam syurgaMu Ya Allah". Amin

    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada didalam hati manusia...

    ReplyDelete