Syirik berasal dari perkataan Arab 'syaraka' yg membawa maksud bersama atau bersekutu. Dalam konteks agama syirik bererti menyekutukan Yg Maha Esa. Lebih senang utk kita faham Syirik bermaksud membesarkan sesuatu yg lain selain dari Allah Taala. Menganggap makhluk lebih berkuasa dari Allah Taala juga termasuk dlm kategori syirik. Dlm konteks kita hari ini ramai yg lupa pd Allah dlm sedar atau tanpa sedar. Tanpa disedari manusia lebih mengaggungkan makhluk dari Khalik. Ada yg bertuhankan duit..ada yg bertuhankan harta..ada juga yg bertuhankan kerjaya. Mereka lebih mengutamakan semua itu hingga melalaikan mereka dari mengingati Allah. Mereka alpa dan leka bahawa Allahlah yg memberikan mereka kesenangan, Allahlah yg memberikan mereka kejayaan, Allah jualah yg memberikan mereka kebahagiaan. Namun mereka hanya ingat kesenangan yg mereka miliki dan kecapi hari ini adalah dari hasil usaha mereka sendiri..Astagfirullah..
No comments:
Post a Comment