..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Thursday, December 29, 2011

Cari..mencari

Bukan kehebatan yg kita cari..bukan gelaran yg kita jejaki..kita mencari diri sendiri..Biarkan mereka..hidup dlm dunia yg mereka cipta..mencari nama,pangkat dan harta..hingga lupa bekal yg nak dibawa..

Wednesday, December 28, 2011

Tuesday, December 27, 2011

Birding l Swallow P1

Orang lain 'birding' masuk hutan tapi ambo 'birding' sekadar di tepi jalanraya..kebetulan singgah solat di Caltex Pasir Puteh sempat menembak sekejap. 









Monday, December 26, 2011

Koleksi Lanskap Alam

Orang lain sibuk layan Ombak Rindu dekat panggung wayang tapi ambo layan ombak pantai..suasana mendung pagi di pantai Perupok, Bachok..bekas kubu askar Melayu semasa menentang Jepun..








Sunday, December 25, 2011

Monday, December 19, 2011

Close-up l Macro l Banggi Island l Crab Spider

Crab spider ni termasuk dalam keluarga Thomisidae..spesis Crab spider yg agak terkenal dan familiar di kalangan kita dikenali dgn gelaran 'flower Crab spider'..sedikit perbezaan antara Crab spider jantan dan betina ialah kebiasaannya Crab spider jantan kelihatan jauh lebih kecil berbanding yg betina..spesis jantan berwarna agak perang@ coklat kemerahan manakala spesis betina kebiasaanya berwarna putih dan kadang-kadang sedikit kekuningan..

Crab spider@ Thomisus jantan




Spesis Thomisus betina




Close-up l Macro l Belakang Rumah l Soldier fly

Lalat askar atau lebih famous dgn nama Soldier Flies adalah spesis 'fly' yg agak kurang aktif..oleh itu ianya agak senang didekati. Spesis ini kadang-kadang akan kelihatan seperti 'wasp'..ianya lebih senang ditemui di kawasan lembap..

*Strationmyidae










Sunday, December 18, 2011

Jaga Makan

Makanan yg baik akan membawa hati menjadi baik..bila hati baik maka akan mendorong kita utk sentiasa melakukan kebaikan. Apakah yg dikatakan makanan yg baik itu?Makanan yg baik bukan shj baik dari sudut khasiat serta kelebihannya bahkan lebih kepada baik dari sudut Halal n Haramnya..Makanan yg baik dari sudut zahirnya akan membawa kepada kesihatan fizikal dan mental..Makanan yg baik dari sudut batinnya(halal) akan membawa kepada kesihatan rohani(hati)..

Friday, December 16, 2011

Close-up l Macro l Makro Malam Vs Makro Siang

Selalunya ambo layan makro hanya diwaktu siang tapi sekali cuba bermakro diwaktu malam rasa lebih teruja. Kenapa?Kerana bermakro diwaktu malam lebih mudah berbanding siang..mudah macamana tu?Kerana waktu malam serangga sememangnya kurang aktif jadi senang utk ditemui serta lebih mudah utk fokus.Cuma risiko bermakro waktu malam takut terserempak dgn makhluk berbisa. Oleh itu utk bermakro malam seeloknya pastikan kawasan yg dituju tdk berbahaya. Baiklah di sini ambo postkan gambar hasil bermakro waktu malam dan siang..tdk banyak perbezaannya..^^)

Hasil bermakro diwaktu malam:

Bug..

Longleg Fly..
Dragon Fly

Hasil bermakro diwaktu siang:

Longleg Fly

Damsel Fly

Spider..

Wednesday, December 14, 2011

Close-up l Macro l Belakang Rumah l Night Macro

Jalan-jalan makan angin ke Perak..singgah bermalam di rumah adik ambo di Slim River..sempat melayan night macro ditemani adik di sekitar rumahnya..


Exif:
d90+sp90+ext tube+sb700+diffuser+lampu suluh
M 1/160
f16
iso200







Cakap Siang..

Bila berbicara usahlah dgn bangga..kehebatan diri semua nak dicerita..kononnya aku bisa dan aku terer..tahu ke tak dgn siapa kita bercerita?Tahu ke tak dgn siapa kita bersemuka?Takut nanti malu sendiri..

Monday, December 12, 2011

Close-up l Macro l Belakang Rumah l Night macro: Grasshopper

Bermakro ditemani adik ambo. Sebelum ni ambo bermakro seorang diri jadi terpaksa pegang kamera n dlm masa yg sama kena pegang lampu suluh. Bila ada kwn ni senang sikit sbb dia tolong suluh objek jadi memudahkan ambo utk terus fokus kepada objek. Gambar Grasshopper baru lepas bersalin kulit ni ambo dapat mlm tadi sekitar rumah ambo shj. 

Exif:
d90+sp90+ext tube+sb700+diffuser+lampu suluh
M 1/200
f13
iso200






Budi dan Bahasa

Mamat  :"..Dulu sy buat dekat kedai lain tu boleh pulak.."
Pekerja :"Kalau macamtu awak pergila dekat kedai yg awak buat
                  dulu tu.."..si mamat terkedu..
Mamat  :"Sebelum ni takde pulak kena buat macamni.."
Pekerja :"Sebelum ni pernah ke kerja macam ni?(ayat berbaur perli)..lepas kena ayat macam tu mamat terus keluar dari kedai tanpa sepatah kata.


Macam tu ke cara layan pelanggan?Kalau pelanggan tu tak faham pn takkan tak boleh bagi penerangan dgn cara elok. Kalau nak berniaga pelanggan kena jaga. Jgn buat macam takde budi bahasa..mentang-mentanglah pelanggan tu pakai selekeh nampak macam tak berduit kita layan endah tak endah. Pelanggan tetap pelanggan tidak kira apa jua statusnya kerana itu adat berniaga. Jgn pandang orang sebelah mata kerana kita tdk tahu dgn siapa kita berbicara.

Jaga Lidah

"...kerana mulut badan binasa"..peribahasa yg amat kerap kita dengar..tanpa lidah masakan mulut mampu berbicara..tanpa lidah manakan keluar kata-kata..jagalah ia sebaiknya jgn sampai ada yg merana..

Sunday, December 11, 2011

My Friend

Posting kali ni agak berbeza dari yg sudah-sudah. Kali ni ambo saja 'post'kan gambar saing merangkap sahabat ambo. Kami kenal semasa sama-sama bekerja di Jusco Taman Equine sebagai Management Trainee(MT). Nak kata kenal lama tu takla jugak tapi ambo mmng rasa serasi dgn mamat ni. Masa mula-mula kenal nampak mcm seorang yg 'moddy' tapi bila dh kenal rupa-rupanya mamat ni memang sporting abesss. Dia ni tegas giler wa cakap lu tapi senang bawa bincang. Ambo selalu kutuk mamat ni tapi dia tetap 'cool'..pendek kata ambo mmng suka ber'geng' dgn dia..tp mamat ni agak cerewet sikit especially bila nak beli barang ^^)..ehem..ehem..utk makluman dia masih solo n available..hehe

*posting ini ambo dedikasikan buat sahabat ambo saudara Shah Irwan

Macho beb..err lebat betol bulu lengan..hehe

Ada gaya seorang ayah tak?hehe

Tilik punya tilik padahal nak beli jem je pn..

Intai tarikh luput..

Usahlah bangga..

Diolah dari ayat seorang sahabat..Usahlah kita bangga mempunyai kulit yg cerah kerana semua akan kembali kepada tanah..Usah bangga mempunyai rumah yg bertingkat-tingkat kerana semua kita akan ke liang lahad..Usahlah bangga mempunyai kereta berjuta-juta kerana semua kita akan menaiki keranda..Usahlah bangga memakai intan berlian kerana semua kita akan tetap memakai kain kafan..Usahlah bangga digelar hartawan atau jutawan kerana semua itu pasti akan ditinggalkan..Cukuplah kita bersyukur dgn apa yg ada..redha atas segala pemberianNya..

Saturday, December 10, 2011

Close-up l Macro l Belakang Rumah l Buckeye Butterfly

"Rama-rama..terbang bebas di udara tanpa ada halangan.."..petikan lagu Ella..^^). 

Posting kali ini ialah salah satu spesis rama-rama..spesis ini dikenali dgn nama Buckeye Butterfly..jarang sekali ambo berpeluang menggambar spesis rama-rama dari dekat..gambar dirakam ketika keboringan menunggu kawan..





Thursday, December 8, 2011

Close-up l Macro l Belakang Rumah l Kerengga

Bermacro di belakang rumah mak saudara..cuaca agak mendung jadi ambo up sikit iso. Kebiasaannya ambo guna iso 200@ ke bwh tapi memandangkan hari sudah petang ditambah cuaca agak mendung maka terpaksa up iso hingga 400..Si merah yg garang..pantang melekat ditubuh mesti menggigit..pedih Ooo kalau dia dah gigit sambil mengeluarkan asid..


Exif:
d90+sp90+ext tube+sb700+diffuser
M 1/160
f16
iso400









Monday, December 5, 2011

Sahabat..

Mencari sahabat tdk semudah mencari teman..teman akan menemani kita bila keboringan..tapi sahabat akan menemani kita bukan shj bila keboringan bahkan tika susah dan kelam..semoga kita juga mampu menjadi sahabat kepada teman dan kawan..^^)

Close-up l Macro l Belakang Rumah l Labah-labah

Di dunia ni terdapat pelbagai spesis labah-labah. Antara beribu-ribu spesis labah-labah ni yg selalu kita jumpa termasuklah Orb-Weaver (keluarga Araneidae)..labah-labah ini mempunyai 8 mata..memandangkan labah-labah ni tidak boleh menoleh ke belakang(sbb takde leher) maka Allah kurniakan dia banyak mata utk membolehkan dia memandang ke setiap sudut tanpa perlu memusingkan badan..unikkan..ciptaan Allah yg harus kita syukuri..^^). Nama Orb-Weaver diambil sempena dgn bentuk sarangnya. -rujukan