..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Wednesday, January 26, 2011

Sudah takdir..

Petang kelmarin ambo telah diminta oleh Guru Besar utk mengambil beberapa keping gambar kejadian runtuhan tebing rumah disalah sebuah rumah guru di sekolah ambo. Beginilah keadaan rumah guru salah seorang tenaga pengajar Sk Karakit Banggi, Kudat Sabah. Teramat daif serta menyedihkan. Kejadian hujan lebat dari sebelum Subuh berlarutan hingga kemalam menyebabkan berlakunya runtuhan tebing serta tanah di bahagian bawah rumah. Perkara ini telah pun dipanjangkan ke PPD Kudat dan semoga pihak Jabatan dapat menghulurkan bantuan secepat mungkin bagi meringankan beban mangsa. Gambar ini dimuat turun dgn keizinan dari tuan rumah. (Sebenarnya banyak lagi masalah yg berkaitan dgn rumah guru timbul-umumnya rumah guru di Pulau Banggi-, namun tdk dapat ambo ceritakan di sini secara detail demi menjaga kemaslahatan semua pihak).

Pandangan belakang rumah yg semakin miring (senget)
Tangki yg berwarna biru itu digunakan utk menadah air hujan, 
dan dgn air hujan itulah kami memasak, minum, mandi serta mencuci pakaian.

Rumah yg semakin senget akibat mendapan tanah, hanya menunggu masa utk roboh.

Lubang besar seperti longkang ini sebenarnya kwsn runtuhan.
Tanahnya sudah habis hanyut dibawa air deras 

Sewaktu gambar ini dipetik masih ada lg saki baki air hujan yg mengalir, andai kejadian hujan lebat ini berterusan tdk mustahil rumah ini akan roboh dlm masa yg terdekat..Nauzubillah.

Air deras menghanyutkan tanah bermula dari bawah rumah menyebabkan tiang2 rumah tdk mampu berdiri tegak. Kayu sokongan tepaksa digunakan bagi menyokong  rumah buat sementara waktu. 

No comments:

Post a Comment