Lebah merupakan sejenis serangga yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang.
Apabila bercakap mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau kumpulan-kumpulan lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni menjalani kehidupan seperti lebah tunggal, membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain untuk meningkatkan jumlah besar keturunan di sarang.
Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada bumbung rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga.
Dalam sesuatu kelompok, lebah dapat dibahagikan kepada tiga kasta, iaitu:
- lebah ratu: lebah betina boleh bertelur
- lebah pekerja: lebah betina tidak boleh bertelur
- lebah jantan.
Setiap jenis lebah mempunyai tugas masing-masing.
Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat. Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat lebah ratu ialah 3 tahun.
Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih.
Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik sahaja selepas mengawan.
D90+sp90+pinggan polistrin
M 1/125
f32
iso400
CS4 (reduce noise+Brightness n contrast)
Gambar selepas di'crop' menggunakan CS4 |
aduina...cantiknya...
ReplyDeletetrima kasih surie..lebah ni jinak sbb tu dpt snap..hehe
ReplyDeletekemas sekali detailnya..lensa makro apa yang diguna ni boh? :)
ReplyDeleteambe pkai tamron sp90 jah be..lens macro paling cikai..gmbr 2nd tu ambe dh crop dlm CS4..trimo kasih be sudi bertandang n bg komen..^^)
ReplyDelete