..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Saturday, August 13, 2011

Doa

"...أدعونى أستجبلكم.."

Doa dari segi bahasa bermaksud seru (da'a)..doa bermaksud meminta@ memohon agar disempurnakan sesuatu hajat. 

Berdoa adalah satu tuntutan dalam agama..walaupn berdoa itu bukanlah satu kewajipan namun merupakan satu tuntutan..barang siapa yg tidak mahu berdoa kepada Allah dia seolah-olah kufur kepadaNya..kenapa?kerana berdoa@ meminta itu menunjukkan sifat-sifat kehambaan dan ketaatan. Mana mungkin seorang hamba Allah tidak pernah memohon sesuatu dari Tuhannya..

Kadang2 bila ditanya kenapa seseorang itu tidak berdoa..akan hadir dua kemungkinan..:

1- Tidak berdoa kerana menganggap Allah sudah sedia tahu apakah
    hajat setiap hamba-hambaNya maka tidak perlulah berdoa.
2- Merasakan diri terlalu hina, penuh dgn dosa dan noda maka berasa malu utk berdoa.

Secara telusnya sememangnya Allah Taala sudah sedia tahu akan apa yg diperlukan oleh setiap hamba-hambaNya kerana Allah Taala Maha Mengetahui, namun kita manusia perlu juga berdoa utk menunjukkan sifat-sifat kehambaan serta ketaatan kepada yg Maha Pencipta. Sedangkan Rasulullah kekasih Allah juga berdoa apatah lagi kita hamba biasa. Andai kita merasakan diri terlalu hina dan penuh noda maka harus kita ingat kita masih selagi kita bernyawa kita akan sentiasa diberikan peluang utk bertaubat dan berubah. Jangan kerana rasa hinanya diri membuatkan kita semakin jauh dariNya. Berdoalah tidak kira siapa kita. Memohonlah selagi berpeluang.

Sekilas pandangan dari ambo..andai ada kekurangan atau pembetulan janganlah segan silu memberikan komentar..semoga dapat sama-sama berkongsi secubit rasa kurniaanNya..aminn..Astagfirullah..

No comments:

Post a Comment