Dunia semakin maju..zaman sudah berubah. Kalau zaman ambo belajar dulu mereka yg pakai handphone sudah semestinya mereka org berada kerana waktu itu handphone adalah satu kehendak bukan keperluan memandangkan harganya yg agk mahal. Zaman berubah lagi, harga handphone turun mendadak. Laptop satu masa dulu jarang-jarang kita jumpa sekarang ni boleh dpt secara percuma..ya zaman sudah berubah. Internet pn begitu. Kalau dulu nk pakai internet terpaksa cari CC@cybercafe, sekarang lepak-lepak kedai mamak pn dh dpt wifi. Sama juga dgn kamera khususnya DSLR. Beberapa tahun sebelum ni hanya mereka yg 'berduit' shj akan memiliki kamera jenis ni tapi sekarang budak sekolah menengah pn dh ada yg pakai, siap buat bisnes lg. Zaman sememangnya berubah. Zaman akan berubah tetapi naluri manusia tetap sama..Adakah sama perasaan sedih kita sewaktu kita kecil dgn perasaan sedih kita sekarang?penyebab rasa sedih memang berbeza namun adakah perasaan sedih itu berbeza?cuba kita renungkan..
No comments:
Post a Comment