..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Thursday, December 31, 2009

Jagalah..

sekadar perkongsian sesama kita...
"Jaga niat dalam setiap perbuatan. Niat boleh berubah kerana suasana dan godaan nafsu yang menggila. Jaga niat, jaga amal, jaga fikir dan sering2lah bersyukur..."

*semoga segala urusan dipermudahkan Allah..

Friday, December 25, 2009

Ujian

Sesungguhnya semua ujian itu datangnya dari Allah dan atas kehendakNya. Ujian itu diturunkan kepada hamba2Nya hanya semata-mata mahu melihat kesungguhan dan juga untuk memantapkan wadah perjalanan.



*setiap ujian yg Allah turunkan adalah setimpal dgn kemampuan setiap hambaNya

Thursday, December 17, 2009

Melayu kita..

Ke mana hilangnya "Melayu", semakin lama semakin layu bagai kapas yg ditiup bayu terbang tanpa arah yg nak dituju..alangkah rugi andainya dibiarkan anak bangsa kita yg kita sayangi hilang melayunya. Budaya adalah jiwa bangsa, andai hilang budayanya maka akan terkuburlah bangsa itu. Jangan biarkan budaya lain menjiwai anak bangsa kita. Kenapa kita perlu berbangga dgn budaya dan gaya bangsa lain sedangkan budaya kita jauh lebih baik..?

Tuesday, December 15, 2009

Ala kadar

Dalam setiap perkara kita haruslah berpada-pada..Pesan arifbillah berpada-padalah dalam setiap perkara. Terutama sekali perkara berkaitan dgn lidah. Bab kata orang2 tua, lidah lebih tajam dari mata pedang. Luka terhiris angkara lidah xkan hilang parutnya. Oleh itu jagalah lidah (kata-kata) agar tiada yg terluka. Andai kita dpt merasakan bahangnya maka jgnlah kita memulakannya.

Thursday, December 3, 2009

Ilmu Dunia vs Ilmu Akhirat

Kali ini ambo ingin mengajak pembaca merenung sejenak..Bila kita brcerita tentang ilmu maka banyak perkara yg akan dihubungkaitkan. Ini kerana konsep ilmu dalam Islam itu pelbagai dan skopnya terlalu luas. Persoalannya apakah perbezaan antara ilmu duniawi dan juga ilmu ukhrawi?
Menurut sesetengah pendapat menyatakan ilmu duniawi ini meliputi ilmu2 keduniaan termasuklah ilmu matematik, sains, sejarah, dan pelbagai lagi. manakala ilmu ukhrawi ini diklasifikasikan sebagai ilmu yg berkaitan dgn agama(Islam). Contoh ilmu ukhrawi adalah spt ilmu fekah, tafsir, usuluddin dll.
Bagaimana pendapat anda?kenapa mereka berpendapat sebegitu?kenapa wujudnya pembahagian seperti ini?
Menurut seorang hamba Allah, wujudnya pembahagian ini merupakan salah satu agenda Yahudi laknatullah untuk memutarbelitkan fahaman ummat Islam mengenai konsep ilmu. Menurut beliau lg, dlm Islam tdk wujud pembahagian antara ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Ini kerana segala ilmu adalah milik Allah SWT. Semua yg kita pelajari di dunia ini akan dibawa ke akhirat dan akan dihisab jua. Semua ilmu sekiranya dipelajari ikhlas kerana Allah maka akan mendapat balasan yg baik. Semua ilmu yg bermanafaat akan menjadi penyelamat kpd kita kelak. Jd mengapa harus wujud perbezaan antara ilmu dunia dan juga ilmu akhirat?..Wallahuallam..

Saturday, November 28, 2009

Yakin..

Kata org "ikut hati mati, ikut rasa binasa"..betul ke mcmtu?mungkin ada benarnya..Tp hati tu ibarat raja dlm diri..kalau rakyat xikut kehendak raja apa akan jd?bukankah akan mendatangkan mslh nnti..?
Kata org arif.."ikut hati mati, matilah kamu sebelum kamu mati..". Kesimpulannya ikutlah kata hati semoga kamu ketemu apa yg dicari..Yakini kamu dgn hatimu..Namun jgn tersilap menilai antara kehendak hati n kehendak nafsu..Wallahuallam..


*qulubul mukmin baitillah..

Friday, November 27, 2009

Friday, November 13, 2009

intisari..

Hidup ini terlalu singkat..Kita ibarat sedang berjalan di padang pasir yg luas..dunia hanya persinggahan sementara..singgah untuk mengumpul tenaga n kudrat untuk meneruskan perjalan yg tdk tahu bagaimana penghujungnya..

Thursday, November 12, 2009

Tayangan umum..Batu serai



Batu serai ni ambo dpt dari seorang sahabat di KL. Dh dpt batu tu ambo terus balik n mintak sahabat ambo hantar bg tukang utk pakaikan 'baju'
Mengikut pemilik asal batu ni diperolehi dari alam ghaib melalui mimpi. Batu ni ada sepuluh beradik n setiap satunya mempunyai warna yg berbeza-beza. Batu ni tdk dijual kerana mengikut sahabat ambo tu xleh jual sbb diberi secara percuma n dia hanyalah pemilik sementara. batu serai tersebut akan diberikan kepada pemilik yg sepatutnya..Wallahuallam..
Kiranya ambo ni salah seorang hamba yg bertuah  memiliki batu ni. Akan tetapi mengikut seorang yg arif ttg batu permata, batu serai milik ambo ni bknlah batu yg original akan tetapi hanyalah batu sintetik(buatan).


















*org dh bagi kita terima jelah, simpan buat kenangan.

Wednesday, November 11, 2009

Kadang-kadang

Hidup kita terkadang gembira..terkadang berduka..terkadang biasa2..itulah lumrah,itulah fitrah..Kadang2 kita tertanya2 kenapa ya?kenapa hati ini terasa sunyi sedangkan teman2 di sisi..terasa seperti sendirian..ambillah masa untuk merasa..merasa setiap kurniaanNya..

Monday, November 9, 2009

Kenali dirimu..

Mengenali diri sendiri tidaklah semudah yang disangkakan. Terlalu banyak onak dan duri terpaksa kita tempuhi. Bukan mudah untuk mengenali..Ramai yang mencari, namun apakah yang dicari?Adakah mencari diri terperi?Atau mencari diri berduri?
Perjalanan ini amatlah jauh. Jauh tapi dekat, dekat tapi jauh. Walaupun jauh, sekali kau melangkah janganlah kau mengalah. Langkah demi langkah, onak dan duri haruslah kau redah. Usahlah kau peduli cemuh dan fitnah.

Pantun org arif..

Pucuk paku ulam paku
paku datang dari seberang
cari Aku dalam Aku
Aku sembunyi dalam terang

Paku datang dari seberang
sampan pecah paku patah
Aku sembunyi dalam terang
Zat Allah Hakikat Allah

Sunday, November 8, 2009

Delima ori vs sintetik


Terdapat beberapa perbezaan antara delima original dgn delima buatan(sintetik).
Di sini sy uploadkan dua biji batu delima(original n sintetik). Antara kedua-dua batu tersebut terdapat beberapa perbezaan. Jika dilihat secara kasar batu yg bersaiz agak kecil sedikit tampak lebih menyerlah dari yg lagi satu. Namun delima yg bersaiz kecil tu sebenarnya delima sintetik(buatan).
Batu yg original biasanya tidakla secantik yg buatan. Batu yg original biasanya terdapat urat2 halus yg kelihatan berserabut di dlm batu manakala batu sintetik amat jernih di dlmnya sehingga nampak bersih seperti kaca. Namun terdapat juga batu original yg kelihatan seperti batu sintetik atau seperti kaca, namun harganya sudah pasti mencecah puluhan ribu.
Apabila dihadapkan ke arah cahaya, batu original (yg transparent) akan kelihatan bergewan dan gewan inilah yg akan membezakan antara batu original dgn batu sintetik. Ini kerana batu sintetik tdk bergewan. Ini kerana gewan itu terhasil daripada pantulan cahaya terhadap urat2 halus yg terdapat di dalam batu. Batu sintetik tdk mempunyai urat jd secara logiknya macamana nk ada gewan bila tdk ada urat2 batu di dalamnya..wallahuallam.

Saturday, November 7, 2009

Rezeki

Setiap manusia yg lahir ke dunia ini telah dicatatkan rezekinya, jodohnya dan juga ajalnya. Rezeki yg kita perolehi itu adalah melalui kadar dan cara hidup kita. Tidak semestinya banyak namun ttp mencukupi. Semoga dgn bersyukur n redha Allah akan lipatkaligandakan lagi rezeki itu melalui jalan yg Allah tunjukkan..

Bersedekah..

Bersedekah itu satu amalan yg amat mulia...terdapat banyak kaedah yg dpt kita praktikkan. sedekah bkn shj dpt dilakukan dgn harta atau wang ringgit bahkan dpt juga dilakukn dgn cara lain. Sedekah yg paling mudah n murah ialah dgn senyuman.
Org yg suka bersedekah itu akan diberkati Allah akan rezekinya, dipanjangkan usianya, disihatkan tubuh badannya dan dipermudahkan segala urusannya..insyaAllah.
Melalui amalan bersedekah juga dpt menyucikan harta, dijauhkan dari bala. Sedekah juga dpt menyenangkan hati (pemberi sedekah n penerima).
Semoga kita dpt mempraktikkan amalan ini dgn ikhlas..amin.

Sunday, October 18, 2009

yg mana kita pilih..

Kita manusia hanya pelakon cerita dipementasan alam ciptaan Allah..watak manakah yg kita pilih?adakah watak baik atau watak jahat?..pilihan ada di tangan masing2..walaupn semuanya telah ditakdirkan, namun kita masih diberi peluang oleh Allah utk memilih watak manakah yg akan kita lakonkan..yg mana kita pilih maka yg itulah akan menjadi pegangan dan yg itulah akan kita bawa semasa mengadap Qadhirabbuljalil..

*kalau rasa tersilap pilih maka segera2la pulih..

Friday, October 9, 2009

Paruh menilin

Inilah paruh menilin @ paruh burung enggang menilin yg ambo tunggu2 selama ni. Telah selamat berada dlm simpanan ambo. Ramai yg pasti keliru sbb nmpk mcm marjan tp sbnrnya menilin. Ikatan bunga pahat ukir yg cukup cantik dan menarik hasil kerja tgn tukang Kelantan. Melihat hasil tangan sebegini membuatkan minat ambo kpd cincin meningkat hari demi hari.

Wednesday, October 7, 2009

Zamrud@Emerald


Zamrud adalah batu permata yang berwarna hijau @ hijau tua. Zamrud termasuk mineral silikat beril (mengandung beryllium) dan warna hijaunya disebabkan oleh kelumit kromium. Adanya vanadium dan besi yang menyertai kelumit kromium akan menyebabkan ragam zona pada warna hijau tersebut. Kekerasan zamrud  (5-7dalam skala Mohr).
Penghasil zamrud berkualiti tinggi adalah Colombia, Siberia, Afrika Selatan, Zimbabwe, Australia dan Brazil. Zamrud yg paling terkenal dan paling berkualiti didapati dari negara Colombia.

*gambar hiasan: zamrud Colombia (koleksi peribadi)

PMR

Hari ini bermulanya peperiksaan PMR..selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar yg terlibat n semoga berjaya. Ambo doakan semoga semua pelajar dapat menjawab dengan jayanya..

* Perjalanan ini masih jauh..

Tuesday, October 6, 2009

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI

Ambo mengambil kesempatan ni utk mngucapkan SElaMat HarI RayA EiduLfITri kepada semua ummat Islam xkira di mana anda berada..mohon ampun dan maaf andai ada tersilap kata,terkasar bahasa atau terguris jiwa..semoga berbahagia dihari mulia ini..takbir3x..

Thursday, September 10, 2009

Cara Allah Mencabut Ilmu..

Daripada Abdullah Bin Amr Bin ‘Ash r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawasanya ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama’. Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama’ , orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”

*Semoga kita dijauhkan dr kesesatan..nauzubillah

Paling...Paling...Paling..

Ada banyak perkara yg bermula dgn paling..namun ada 5 perkara yg ambo nk sebut di sini yg bermula dgn paling..
1. Paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan Solat..
2. Paling berat di dunia ini ialah memegang amanah..
3. Paling jauh di dunia ini ialah masa yg sudah berlalu..
4. Paling dekat ialah kematian..
5. Paling tajam ialah mulut (lidah yg berkata2)..

*Semoga bermanafaat utk sekalian kita..

Keberkatan Ramadhan..

Ramadhan..kau penghulu segala bulan...padamu rahmat..padamu juga maghfirah..dibukakan segala pintu nikmat..ditutup segala pintu azab..
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tiba Bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu Neraka dan dibelenggu semua syaitan.”

*Marilah sama2 kita mengambil kesempatan pd bulan yg berkat ini.