..HADAPLAH WAJAH MU KE MANA-MANA DI SITU ADA TUHAN..

SALAM UKHUWWAH

Kepada mereka yg sudi menjenguk blog ini ambo ucapkan terima kasih. Blog ini tidaklah sehebat blog2 yang lain. Ambo hanya sekadar ingin mencari teman dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam segenap bidang. Sekiranya ada sebarang komentar atau teguran silalah kemukakan, semoga ianya bermanafaat buat diri ini.


...AHLAN WASAHLAN..TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG AMBO...

Terima KasiH KeRana Like bloG ni..^^

GenG

Thursday, December 1, 2011

Close-up l Macro l Belakang Rumah l Ladybird

Kenapa org panggil dia Ladybird?sedangkan ianya adalah seekor kumbang..Lady+bird..bunyi mcm burung betina..sudahlah namanya mcmtu, nk bezakan nama utk jantan@ betina mcmana pulak gamaknya..pakat-pakat pikirlah ye kalau dah jumpa jwpn mintak-mintak share..hehee

Exif:
Nikon d90+sp90+Ext tube+Diffuser
M 1/160
f16
iso320
WB Auto












Monday, November 28, 2011

Close-up l Macro l Belakang rumah l Nyamuk

Musim hujan kini tiba lagi. Beberapa negeri khususnya negeri-negeri di bahagian Pantai Timur sudah semestinya merasai bahangnya. Beberapa hari ni cuaca agak cerah cuma sesekali hujan turun membasahi bumi. Ambo di Bachok mengalami satu masalah iaitu nyamuk. Asal hujan mesti makhluk ni akan memenuhi ruang rumah. Mungkin mereka tumpang berteduh kot. Ambo tak kisah sangat cuma kesian dekat budak kecik (anak ambo). Asal bangun dari tidur mesti ada kesan gigitan nyamuk. Sheildltox ke fumakilla ke semuanya tidak memberikan kesan. Apa boleh buat Chobaannnnn....

Saturday, November 19, 2011

Close-up l Macro l Banggi Island l Red

Baru sampai dari Kudat singgah transit di Kota Kinabalu menunggu flight ke Kuala Lumpur pada Isnin 21 November nnti..cuti sekolah agak panjang, andai cuaca ok bolehla keluar bermakro tiap-tiap hari..^^)
Posting hari ini ialah "crab Spider" bersaiz kecil..hasil bermakro selepas hujan..

Exif:
d90+sp90+ET+sb700+diffuser
M 1/160
f16
iso400







Monday, August 22, 2011

Macro impian

Kadang-kadang melihat hasil macro org lain membuatkan ambo jeles yg teramat sangat..terasa hampehnya diri ini..kadang-kadang rasa sedikit tercabar..nak jugak tahu apakah kaedah yg mereka praktikkan..apakah gajet yg mereka guna..kena study sket nih..
*Kepada sahabat handai yg ingin belajar berjinak-jinak dengan macro bolehla layari website ni..memang menakjubkan..-30 beautiful macro photography shots

Sunday, August 21, 2011

Close-up l Macro l Banggi Island l Home Spider

Gambar ke-2 menggunakan Extension Tube..Home Spider..ambo tidak berapa pasti apakah nama betul bagi spider ni..memandangkan ianya selalu dijumpai di dalam rumah(rumah yg bersawang..hehe) maka ambo panggil dia home spider..

Exif:
Canon 500D+sp90+580EX II+Meike ET
M1/100
f11
iso400





Saturday, August 20, 2011

Close-up l Macro l Belakang rumah

Mangsa...akhirnya kau tewas jua..Lynx spider dlm genggaman wasp..inilah keadaan bilamana si pemangsa pula yg menjadi mangsa..kitaran alam yg harus ditelan..

Exif:
d90+sp90+pinggan polistrin
M 1/200
f32
iso200


Moment

Dalam menghasilkan satu-satu gambar yg cantik dan menarik terdapat pelbagai kaedah. Antara pra syarat utk menghasilkan gambar yg 'cun' adalah seperti Rol of 3rd, DoF, Compo..etc.(bnyk sngt xlarat sebut). Namun terdapat satu perkara bilamana ianya wujud maka segala kaedah dan syarat-syarat yg lain itu akan terhapus. Mungkin ramai yg sudah sedia maklum..ya ianya dipanggil "Moment"..moment adalah satu perkara yg penting dalam fotografi. Boleh juga dikatakan terpenting dalam menghasilkan gambar yg baik(baik dr sudut nilai seni)..cuba anda lihat dan perhatikan gambar-gambar yg dijual dgn harga yg mahal, apakah yg dinilai?adakah gambar itu cantik dari sudut tonenya?lokasinya?..sudah semestinya nilai sesuatu gambar itu terletak pada benda yg kita panggil "MOMENT"..ramai org boleh menghasilkan gambar yg cantik namun jrg org akan berpeluang mendapat moment yg terbaik..^^

*Sekadar pandangan ringkas dari ambo berdasarkan sedikit pemerhatian..andai ada kesilapan mintak perbetulkan..*_^)..

Sekadar hiasan..gambar ni mungkin tidak 100% kena dgn tajuk posting..^^)

Friday, August 19, 2011

Birding l Kingfisher

Sampai je depan rumah ternampak beberapa ekor burung duk bertenggek dekat atas wayar eletrik..ambo terus naik ke rumah mengambil 'senapang' tak berlesen dan tembak mana-mana burung yg tdk sempat melarikan diri..hehe..hasilnya Kingfisher(blue) atau nama saintifiknya Alcedo Atthis..juga dikenali dgn nama River Kingfisher@Eurasian KingfisherBila sebut kingfisher teringat nama satu tempat di kawasan K.Kinabalu..Kingfisher..pernah menjadi tempat lepak main snooker zaman muda-muda dulu..*_^). Kingfisher atau juga dikenali dgn nama burung raja udang..

Exif:
D90+Tamron 70-300 non vc
M 1/1000
f8
iso400






Wednesday, August 17, 2011

Banggi Island l Ray of Light

Gambar ini ambo perolehi secara kebetulan p jalan- ke rumah sifu Nur Azrin Abdullah..dirakam menggunakan Canon 500D + 15-85mm..
Selamat berbuka kepada semua ummat Islam di Malaysia khususnya dan seluruh alam amnya..*_^)




Close-up l Macro Banggi Island l Weevil

Testing Extension Tube milik membe..memang puas hati..oleh kerana termakan "racun" dari kwn2 jd ambo telah membuat keputusan utk turut memiliki extension tube ni..buat masa sekarang pinjam kwn punya dlula utk melepaskan gian..hehe..dengan adanya ET ni maka kuranglah sikit kaedah crop dalam CS4..(*_^)

*Pertama kali try ET ni gmbr memang kabur..walaupn dapat zoom n besarkan imej tapi sedikit sukar utk fokus..maklumla masih baru belajar..^^)

Exif:
Canon 500D+Tamron sp90+Meike ET+pinggan polistrin
M 1/100
f11
iso400






Tuesday, August 16, 2011

Close-up l Macro l Banggi Island l Lebah



Lebah merupakan sejenis serangga yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik.
Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang.
Apabila bercakap mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau kumpulan-kumpulan lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni menjalani kehidupan seperti lebah tunggal, membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain untuk meningkatkan jumlah besar keturunan di sarang.
Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada bumbung rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga.


Dalam sesuatu kelompok, lebah dapat dibahagikan kepada tiga kasta, iaitu:
  • lebah ratu: lebah betina boleh bertelur
  • lebah pekerja: lebah betina tidak boleh bertelur
  • lebah jantan.
Setiap jenis lebah mempunyai tugas masing-masing.
Ratu lebah mengawal keseluruhan kegiatan koloni lebah. Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat. Tugas utamanya ialah bertelur. Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 biji sehari. Jangka hayat lebah ratu ialah 3 tahun.
Lebah pekerja (betina) mengumpul debunga dan manisan yang kemudian akan ditukarkan menjadi madu (oleh lebah pekerja) untuk lebah ratu dan anak lebah. Ada juga lebah betina yang bertugas membersihkan sarang dan menjaga anak-anak lebah. Jangka hayat lebah pekerja ialah 3 bulan atau lebih.
Lebah jantan bertugas mengawan dengan lebah ratu dan akan mati sebaik sahaja selepas mengawan.
Exif:
D90+sp90+pinggan polistrin
M 1/125
f32
iso400
CS4 (reduce noise+Brightness n contrast)




Gambar selepas di'crop' menggunakan CS4



Sunday, August 14, 2011

M. Nasir - Hijab Kekasih

Layan dulu Hijab kekasih dr M.Nasir/ Seth(Loloq)..penuh pengertian..semoga dapat dihayati bersama..^^




Hijab Kekasih 

Malai rinduku merintih kecintaan
Duduk termenung hanya bingung kerinduan
Walaupun jauh dari nyata kasih dan sayang
Kasih dan sayang telah lama kusatukan
Semua kasihku dalam gemala
Ke laut jawi kan ku kirimkan sana

Duhai kasih hijabmu di sini
Masyur rupamu di mata kalbi ini
Berbaringan diusik rindu azali
Di manakah kekasih yang jauh dariku
Memakan debu... rindumu
Segenap nafasku melihat renunganmu
Wangi dan harum kau kekasih
Antara lamunan segala kalimahku ini
Siapa yang mengerti

Menghilang tahun ku tahan dahaga
Setelah habis madah untuk sang puteri
Pautan kasih ku kenal sendiri
Teringin ku melihat sebalik hijabmu
Wajah yang ku puja

Kekasih... lama sudah aku merindu
Larut nan denai larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredaanmu




Close-up l Macro l Banggi Island l Dragonfly

Sekadar meng'upload' gambar lama sebelum ianya basi dlm folder..hehee~~..Spesis dragonfly..kadang-kadang makhluk ni agak payah utk didekati namun utk mendapatkan gambar spesis ni tdklah terlalu susah cuma perlu sedikit kesabaran dan ketekunan terutama utk mendapatkan fokus yg tepat(bahagian mata)..kita akan tambah seronok serta puas bila dapat fokus bahagian matanya..Walaupn mata pepatung ni besar tapi tdk terlalu mudah utk dapatkan fokus yg tepat..^^


*Tip: Antara waktu yg sesuai utk mendekati spesis ini ialah pada waktu tghari..lagi molek waktu panas terik kerana makhluk ini menjadi tdk terlalu aktif n mudah utk didekati..(mungkin kepenatan dek cuaca panas..^^)





fokus sedikit lari pada bahagian mata..^^

Saturday, August 13, 2011

Doa

"...أدعونى أستجبلكم.."

Doa dari segi bahasa bermaksud seru (da'a)..doa bermaksud meminta@ memohon agar disempurnakan sesuatu hajat. 

Berdoa adalah satu tuntutan dalam agama..walaupn berdoa itu bukanlah satu kewajipan namun merupakan satu tuntutan..barang siapa yg tidak mahu berdoa kepada Allah dia seolah-olah kufur kepadaNya..kenapa?kerana berdoa@ meminta itu menunjukkan sifat-sifat kehambaan dan ketaatan. Mana mungkin seorang hamba Allah tidak pernah memohon sesuatu dari Tuhannya..

Kadang2 bila ditanya kenapa seseorang itu tidak berdoa..akan hadir dua kemungkinan..:

1- Tidak berdoa kerana menganggap Allah sudah sedia tahu apakah
    hajat setiap hamba-hambaNya maka tidak perlulah berdoa.
2- Merasakan diri terlalu hina, penuh dgn dosa dan noda maka berasa malu utk berdoa.

Secara telusnya sememangnya Allah Taala sudah sedia tahu akan apa yg diperlukan oleh setiap hamba-hambaNya kerana Allah Taala Maha Mengetahui, namun kita manusia perlu juga berdoa utk menunjukkan sifat-sifat kehambaan serta ketaatan kepada yg Maha Pencipta. Sedangkan Rasulullah kekasih Allah juga berdoa apatah lagi kita hamba biasa. Andai kita merasakan diri terlalu hina dan penuh noda maka harus kita ingat kita masih selagi kita bernyawa kita akan sentiasa diberikan peluang utk bertaubat dan berubah. Jangan kerana rasa hinanya diri membuatkan kita semakin jauh dariNya. Berdoalah tidak kira siapa kita. Memohonlah selagi berpeluang.

Sekilas pandangan dari ambo..andai ada kekurangan atau pembetulan janganlah segan silu memberikan komentar..semoga dapat sama-sama berkongsi secubit rasa kurniaanNya..aminn..Astagfirullah..

Friday, August 12, 2011

Lukisan Alam l Sunset@ Banggi

Gambar lama..sekadar mengisi kekosongan..^^

Exif:
D3000+kitlens 18-55+CS4
M 1/500
f5.6
iso100




Macro Banggi l Spiny orb-weaver


Spiny orb-weavers is a common name for Gasteracantha, a genus of spiders. They are also commonly called Spiny-backed orb-weavers, due to the prominent spines on their abdomen. These spiders can reach sizes of up to 30mm in diameter (measured from spike to spike). Although their shell is shaped like a crab shell with spikes, it is not to be confused with a crab spider.
* Gigitan Orb-weaver ini tdk merbahaya kepada manusia..tp jgn pulak saje-saje nak test kalau jd apa-apa tanggung sendiri...^^

Exif:
D90+sp90+pinggan polistrin
M 1/160
f22
iso200






Thursday, August 11, 2011

Ganjaran vs Keikhlasan


Hari ni semua org kerja mengharapkan ganjaran..tu memang sudah lumrah kita sebagai manusia..akan tetapi ramai manusia kadang2 terlalu memikirkan dan megharapkan ganjaran hingga terlupa  apakah kerja yg dibuat itu setimpal dgn ganjaran yg diharapkan..?(kerja sedikit tapi nakkan ganjaran yg berbukit)
Bila difikirkan kembali, antara makhluk dgn pencipta juga tidak terlepas dari permasalahan sebegini..kita terlalu mengharapkan ganjaran dari Tuhan seperti kuli mengharapkan gaji dari bosnya..buat kerja tidaklah seberapa tp nakkan ganjaran yg berlebihan..kadang-kadang kita hampir terlupa erti keikhlasan dek kerana terlalu memikirkan ganjaran yg dijanjikan..buat amal pn kerana mengharapkan ganjaran pahala..buat ibadat hanya kerana nakkan syurga..yakinkah kita dgn amalan kita yg tidak seberapa itu akan menjamin kita utk ke syurga Allah?sama2 kita renungkan..

*rahmat Allah mengatasi segala..

"Sesuatu kerja itu bergantung kpd niat, maksud, fikiran & matlamat..setiap kejayaan atau kegagalan itu disertakan dgn ujian n hikmah utk difikirkan & direnungkan..". Selamat beramal..^^

*redha itu sebahagian dr tanda kesyukuran

Birding l Sunbird

Aksi si kecil..
Gambar ni ambo dpt secara kebetulan shj..masa nak parking moto dkt dpn rumah kwn ambo tiba-tiba dua ekor burung kunyit(?) hinggap dkt cermin sisi moto kwn ambo..berkebetulan kamera sudah tersedia di bahu  tanpa membuang masa ambo terus shoot beberapa das..dengan hanya menggunakan lens tele 70-300 non vc maka gambar pn sedikit kabur..bolehla sekadar buat kenangan..^^









Grasshopper..???

Grasshopper???..a little bit confuse..

Exif:
D90+sp90+polystrine plate
M 1/125
f22
iso200


Wednesday, August 10, 2011

Close-up l Macro l Banggi Island l Bee

Proses menghabiskan koleksi close up l macro..terjumpa dalam folder lama..entah brapa lama diperam..hehee~~

Exif:
D90+sp90+pinggan polistrin
M 1/200
f22
iso200


Tuesday, August 9, 2011

Crab Spider in action

Crab spider is a common name applied loosely to many species of spiders, but most nearly consistently to members of the family Thomisidae. Among the Thomisidae it refers most often to the familiar species of "flower crab spiders", though not all members of the family are limited to ambush hunting in flowers. Rationalisation for the name crab spider is generally subjective and anecdotal. It is commonly said to refer to a fancied resemblance tocrabs, or to the way such spiders hold their two front pairs of legs, or their ability to scuttle sideways or backwards. Some spiders so called have bodies that are flattened and angular. At all events, the Thomisidae are the family most generally referred to as "crab spiders". However, some members of the Sparassidae are called giant crab spidersSelenopidae are called wall crab spiders, and various members of the Sicariidae are sometimes called six-eyed crab spiders. Some unrelated Orb-weaver spider species such as Gasteracantha cancriformis also are commonly called "crab spiders."- rujukan

*Tip: utk dapatkan moment sebegini kena turun awal pagi..ngam-ngam serangga keluar mencari rezeki..^^

Exif:
D90+sp90+pinggan polistrin
M 1/200
f22
iso200






Sunday, August 7, 2011

Shieldbug

Commonly known as shield bugs, chust bugs, and stink bugs..

Exif:
D90+sp90+polystrine plate
M 1/125
f22
iso200






Ramadhan

Ramadhan..bulan yg mulia..bulan yg suci..bulan ibadah bagi ummat Islam(bulan di mana ganjaran bagi setiap ibadah yg dilakukan akan dilipatkaligandakan, jd ummat Islam digalakkan melakukan sebanyak mungkin amal ibadah)..disepanjang bulan ini dikatakan semua Syaitan dirantai..dibulan ini dapatlah kita lihat adakah kejahatan itu berpunca dari hasutan Syaitan atau sememangnya lahir dari diri sendiri..

Saturday, August 6, 2011

Manusia mudah leka..manusia mudah alpa..kesimpulannya manusia mudah lupa..sedarlah segera..ingatlah sentiasa..

*manusia= insan...insan= nasia(lupa)

Wasp..???

Di kampung ambo org panggil 'Pok Kulup'..cara hidup kurang lebih dgn spesis lebah (hidup berkumpulan dan mengumpul madu) namun makhluk ini tdklah berbisa seperti lebah membuatkan ia lebih mudah utk didekati. Peringatan: geng ni suka melekat pada rambut..(^^)..

Exif:
D90+sp90+pinggan polistrin
M 1/200
f22
iso200






Friday, August 5, 2011

Bulan Ramadhan ni rasa malas nak update blog..tambahan pula wifi selalu meragam..kalau rasa malas dah datang maka idea pn akan jd kurang..huhuuu~~

Wednesday, August 3, 2011

Monday, August 1, 2011

HDR

Niat hati nak testing buat lanskap ala-ala HDR tp nampak mcm tak berapa menjadi..yg ni ambo guna 4 keping gmbr (4 expose) dan digaulkan dgn menggunakan PS4..kena usaha lagi..(^^)


Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan..Bulan yg penuh dgn rahmat..bulan yg penuh dgn nikmat..Bulan yg penuh dgn berkat..Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kpd semua kaum Muslimin dan juga Muslimat..(^^)

Saturday, July 30, 2011

Birding l Pied Thriller

Dipagi yg damai dia datang bermain-main di sekitar rumahku..nampak ceria dan bahagia..sesekali dia memusingkan badan..sesekali dia menggerakkan kepala..sesekali dia menggosokkan badan dgn paruhnya yg comel..siapakah dikau wahai sang burung..oh indahnya alam ciptaanMu ya Rabb..








Thursday, July 28, 2011

Butterfly

Ambo mmng teramat jarang shoot rama-rama jd ambo kurang maklumat tentang makhluk ni..yg ambo pasti spesis rama-rama ni ada beribu dgn pelbagai warna dan rupa.

Exif:
d90+Tamron 70-300 telemacro non vc
M 1/320
f8
iso200






Tuesday, July 26, 2011

Hanyut..

Jgn biarkan diri hanyut dlm keindahan bahasa..putar belit susun kata..kerana ia tdk membawa ke mana-mana..selagi kita sendiri tdk merasa maka jgnlah terlalu mudah tergoda..kerana bahasa kita terleka..kerana kata kita merana..

Pesan guru.."..Ilmu mengenal hanya duduk dalam bab 1 sahaja iaitu perkara pertama rukun Islam (syahadah). Yang lain kena buat (amal).."

*kata-kata tanpa merasa tdk membawa makna..

Sunday, July 24, 2011

Ibu..

Ibu..
Kaulah ratu..
Penenang kalbu dikala sendu..
Pengubat rindu dikala syahdu..
Pembakar semangat dikala buntu..